Tuesday, May 19, 2009

POKOK LIDAH BUAYA

pokok lidahbuaya:-Bahagian yang digunakan adalah daunnya. ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman).Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan.bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.Untuk kegunaan dirumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat. ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit.Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina