Monday, June 1, 2009

asam tumis ikan senangin/goreng sayur bayam



mula-mula macam biasa lepas balik kerja aku masak nasi dulu. lepas tu keluarkan ikan dari dlm peti ais.ikan senangin ni laki aku pancing sendiri minggu lepas. tak dapat banyak adalah dalam 5 ekor.



lepas tu aku siang sayur dengan bawang putih. siang dulu lepas tu tuskan . jadi bila kita goreng sayur tak masuk sekali ngan airnnya. jadi sayur kita kekal warnanya hijau.nak masuk air boleh, tapi masa nak angkat nanti.



ni aku tengah tumis kuah. bahan mcm biasa garingkan cili kering yg dimesin ngan bawang putih, merah , kunyit hidup, dan belacan sikit. sebelum tu masuk daun kiri sikit. sampai naik bau kalau tidak asam tumis tak sedap.




sambil tu goreng ikan. bahagian ekor goreng. kepala masak kuah.




tu kepala ikannya. asam tumis campur bendi. cili dah naik bau, masukkan air asam jawa agak satu mangkuk sedang. sederhana pekat.



sayur bayam dah nak masak cam ni, barulah masuk air sikit. kan nampak hijau sayurnya.bawang putih kasi garing sikit. baru sayur sedap.






ni dah siap untuk makan malam.





ni kuah yg aku dah campur ngan bendi. mcm ni dah boleh angkat.jgn sampai layu bendi tu. tak sedap.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina