Thursday, June 11, 2009

Cerita tentang daun ulam



TURI semakin dilupakan. kadang-kadang aku panggil sayur geti. masak lemak letak keledek.sodap


Lenggainya seakan-akan kacang panjang, 20 - 60 sm panjang, 1 - 1.5 lebar, berwarna hijau kekuningan, bertukar perang apabila masak dan mengandungi biji yang banyak

Pokok Turi mudah dibiakkan dengan cara keratan batangnya. Keratan boleh ditanam terus ke tanah. Ia amat mudah hidupnya dan tidak memerlukan jagaan yang rapi. Di kampung, pokok ini ditanam sekitar rumah sebagai tanaman parak (dapur). Pokok ini juga mula ditanam sebagai tanaman hiasan dan bunganya yang berwarna putih dan merah sangat menarik




BEBUAS

Nama Saintifik remma Cordiflora

Berbuas banyak di jadikan ulam oleh masyarakat melayu.Pucuknya yang rangup dan mempunyai rasa sedikit pahit menambahkan selera makan.

Kegunaan nya:

Antara khasiat pokok bebuas sebagai ulam adalah secara mentah ialah ia dapat membuang angin di dalam badan dengan cepat.Ulam ini juga kan menambah kan selera makan seseorang. Daunnya juga boleh direbus, air rebusan tersebut juga boleh menolong untuk mengatasi masaalah kecacingan dalam perut dan juga menambah air susu ibu bagi menyusukan bayi.

Dari.melur.com




ni daun kesum aku tanam kat rumah.ni senang membiak. dia perlukan banyak air. selalu kita buat kuah laksa dan asam rebus masuk dlm kuah dia.bau wangi.




pokok cili api aku tanam baru sebulan. aku semai bijinya.



pokok ulam raja ni aku tanam depan rumah.senang nak jaga pokok ni. kalau korang selalu petik lagi cepat membiak. tinggi lebih kurang 1 meter je.




pokok cili api kampung. pedas ni .aku baru tanam dlm sebulan jugak.




ni aku beli kat pasar malam. seikat ni RM1.00. cubalah makan ngan sambal belacan .sodap.

Tenggek burung

Nama Saintifik: Euodia lunu-ankenda

Famili: Rutaceae

Nama Lain: Kiandang atau tapak itek

PUCUK tenggek burung adalah sayuran ulam yang sangat digemari apatah lagi jika dicolek dengan sambal belacan atau sambal udang kering dan dimakannya bersama nasi. Rasa dan aromanya dapat merangsang selera dan nasi biasanya dimakan lebih berselera dari biasa. Selain itu, pucuknya juga dijadikan ramuan dalam nasi ulam, kerabu atau menjadi ramuan masakan ikan atau resipi tradisional.

Pokok tenggek burung berasal dari Indo-Malaysia, bersaiz kecil setinggi 5 hingga 7 meter, bercabang banyak dan rimbun. Daunnya trifoliat dengan anak daunnya berbentuk oblong dan akuminat ke hujung, 6 hingga 15 sentimeter (sm) panjang dan 3 hingga 8 sm lebar.

Anak daun terminal lebih besar sedikit daripada anak daun sisi. Petiol 5 hingga 6 cm panjang. Daun ini beraroma sedap bila diramas. Infloresen sima, berpedunkel sepanjang 5 hingga 8 cm. Bunga kecil, berwarna putih kehijauan dan berbau wangi sedikit. Buahnya kapsul, 12 mm lebar dan berbiji halus.

Tidak banyak diketahui mengenai khasiat ulam ini. Dalam 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 83 g, protein 4.4 g, karbohidrat 9.9 g, lemak 0.3 g, serat 1.5 g fosforus 51 mg, kalsium 41 mg, kalium 330 mg, vitamin C 9.3 mg.

Pokok tenggek burung jarang ditanam dan tumbuh meliar di tepi belukar. Burung adalah penyebar utama pokok ini. Bagaimanapun, pokok ini mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Anak-anak yang tumbuh di pangkal pokok boleh juga digali dan ditanam semula. Pokok ini mudah hidupnya dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina