Thursday, June 18, 2009

Dulu lain sekarang lain




Aku masih ingat dulu inilah baju sekolah yg aku pakai sekitar tahun 80an. Masa tu murid tak dipaksa untuk memakai tudung dan berbaju kurung. tapi berganjak ke sekolah menengah, aku dengan sukarela memakai baju kurung dan memakai tudung. masa tu undang-undang sekolah tak ketat lagi. sekarang budak sekolah dah diwajibkan memakai baju kurung dan tudung. segelintir memakai tudung hanya di sekolah, selepas waktu sekolah tudung semua di buka.kadang-kadang bila difikirkan berkesan ke undang yg dibuat oleh pihak sekolah. pada pandangan peribadi aku, manusia boleh berubah, jika dia sendiri hendak berubah. pada anak aku , sering aku katakan buat dengan hati yang ikhlas tanpa paksaan. Perangai manusia, apa yang dilarang lagi mereka suka nak buat. dah memang naluri manusia begitu terutama budak remaja baru nak naik. Aku rasa hukuman bukan jalan penyelesaian. Pendekatan adalah jalan yg paling penting kalau hendak menangani isu remaja ni.



Masa dulu waktu rehat, aku isi masa dengan main batu seremban, teng-teng dan konda kondi. Bukan macam kebanyakkan budak sekarang, tak habis dengan cinta. kenapa masa dulu kita takdelah cerita pasal balak-balak. Apa yg kita bunyi locang rehat je, semua lari keluar . Ade yg main getah dan mcm-mvm aktiviti. itulah semakin dunia maju , semakin banyak benda lama ditinggalkan. walaupun dunia ni serba moden aku tetap suka yg traditional.



Ini sterika lama. mungkin budak yg sebaya aku tak pernah mengunakannya, tapi masa zaman tu aku org susah, nak beli sterika letrik , tak mampu. sebelum nak gunakan ni bakar arang, lepas tu guna penyepit masukkan arang yg terbakar dalam tu. gosok atas daun pisang dulu nak test power. guna kipas, kalau padam, kipaslah sikit -sikit. kalau kuat takut abuk terbang, nanti baju kotor. guna ni baju licin mengalahkan sterika letrik.




Batu giling ni aku suka giling cili. ni tak sama rasanye pakai mesin cili. cilinye bau harum. tapi kena tajamkan. dulu aku ingat aku selalu upah satu India nak tajamkan batu giling. upahnya masa tu RM10. tak tahulah kenikmatan mengiling pakai ni memang betul-betul hebat. Kalau pakai cili giling ni , dapat masak asam tumis lada ikan sembilang . beza asam tumis lada dengan asam tumis, dia ditambah ketumbar , kelapa kering .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina