Monday, June 8, 2009

masak ringan-ringan



malam ni aku tak ade idea nak masak. resipi ni aku masak bila dah tak tahu ape nak masak
sayur bayam goreng
telur dadar
udang goreng dengan nenas dan kacang pea.



bahan bahannya
udang basah sikit
nenas di potong sedang
kacang pea dlm tin
bawang besar dipotong baji
cili kering dipotong kecil
halia dipotong sekeping besar-besar.


mula tumis bawang besar, halia, cili kering sampai naik bau.



bila dah naik bau , masukkan nenas. kacau lagi.




letak ketepi bahan tadi. tumiskan cili sos biar naik bau.


tumiskan kicap pekat sekali. api perlahankan, kalau tidak cepat hangit.






masukkan pea, kacau dan masukkan air sedikit.






kacau sehingga masak, lepas tu boleh hidangkan.







aku goreng telur dadar dalam 2 biji telur. tak payah ajar ye, semua dah tahu.




tuskan sayur bayam yg sudah di potong.




goreng ikan bilis sampai garing dulu dlm minyak sedikit.




masukkan bawang putih, tumis sampai garing.




masukkan bayam. letakkan air sedikit, kacau dan boleh angkat.



ini dia hasilnnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina