Thursday, June 25, 2009

Tolong pantau



Aku bukan nak membebel tak tentu pasal atau hendak menuding jari pada sesiapa. aku ni parti bebas, sebab kalau aku kayo rayo aku bertanding parti lambang lampu suluh.Masa dulu yelah zaman bapa-bapa dan atuk -atuk kita dulu , orang buat kerja ikhlas, sebab dulu mana ade duit. sekarang ni paham-pahamlah sendiri. aku dah muak dgn isu sampah ni. Daripada dulu aku duduk sini tahun 1975 an keadaan ni tak pernah berubah. Memanglah masalah sampah terletak pada induvidu masing-masing. Tapi yang aku tak pahamnye dari dulu lagi aku tengok siapa buang sampah , denda RM20,000 lah , itu apa yg aku lihat kat papan tanda. Yang hairan kat mana ada papan tanda tu , kat situlah di org syok nak buang sampah. Terlalu banyak undang-undang, tak pernah pulak aku nampak dilaksanakan. Tolong ahli majlis pantau sikit, nampak je org buang sampah terus denda. tak pernah aku nampak selama aku hidup kat sini, orang kena denda buang sampah. maafkanlah aku kalau tanpa pengetahuan aku dia org tak beritahu kah.....kah.....Ni lagi satu aku nak cakap moto peliharalah sungai kita. tolong pantau sikit. jgn pulak ada ahli berhormat yg terasa . siapa makan cili dialah terasa pedas. jgn cakap tak serupa bikin. korang tahulah , aku bengang hari-hari nak pandang sampah tu..... Ini nasib baik aku cakap lapik piring sikit. kalau aku dah bengang lagi, tak dapatlah den nak nolongnye.




Kesedaran sivik mesti dilaksanakan dari rumah dulu. Terutama dari kanak-kanak kecil. Kalau dah tua tu dah jadi rebung, tak dapat den nak nolongye. Tolong tinjau sikit-sikit kawasan tu. Karang kalau aku cakap nama, tak sodap telinga mendongarnye. Tak de isu yg lebih penting kat negara kite , kecuali isu kebersihan. Mana moto yg sering dilaungkan, MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI. Habis tu dah kebersihan tak nak dijaga, kalau dah sakit baru sebok nak pantau. Penyakit tu bermula dari mana, cik oiii, mestilah dari persikitaran yg kotor. ....RENUNGKANLAH BUKAN TERMENUNG............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina