Wednesday, July 8, 2009

Firdaus Demam



Ari ni aku terpaksa cuti. Firdaus tiba-tiba demam panas. Sebenarnye dia demam hari selasa, tapi takdelah teruk sangat. Malam rabu tu , aku tengok panas sangat badan dia. Tu yang aku ambil cuti nak bawak pegi klinik kerajaan. Sekarang ni takut nak bawa klinik swasta, sebab sekarang macam-macam penyakit. Klinik kerajaan ni alert sikit.Kalau deman 2 hari dia ambil darah. Tapi nasib baik firdaus ni, kalau deman dia tak menangis. Cuma boleh nampak dia jadi tak aktif.





Aku sampai dalam pukul 7.45 pagi. Tengok dah ramai org.Aku dapat no 147.



Boring-boring tunggu aku tangkaplah gambar budak ni. Aku tengok dia suka sangat kacau firdaus.



Mak dia check mengandung . Dulu masa mengandung , ade hari tertentu nak check. Sekarang dah tak kira hari dah. Semua hari boleh check. Aku tengok dah ade improvement sikit klinik kerajaan ni. Dulu ubat bagi kat tangan je, sekarang pandai plak nak bagi plastik.




Muka toye Firdaus yg tengah deman. Kalau deman tak boleh nak gurau, memang kena marah punye



Dah boring duduk dalam, dia duduk kat tempat org check H1N1.



Excited nak masuk jumpa doktor. Doktor tanye " nama siapa". Dia jawab Firdaus. lepas tu doktor tanye sakit ape?. Dia kate deman. Doktor tanye "ade minum air banyak tak" Firdaus jawab "banyak" . Yang aku nak ketawa tu setiap kali jumpa doktor, dia akan cakap dulu "tak ambil darahkan". Sampai sekarang dia trauma nak ambil darah, semenjak kejadian mase ambil darah dulu, jururawat tu pletokkan tangan die, gamak tu sampai sekarang dia trauma.




Dalam pukul 9.30 pagi aku dah dapat ambil ubat. Dia bagi ubat deman ngan selsema + batuk.Tapi doktor tak bagi antibiotic. Bila aku tanye, dia cakap baru 1 hari deman, tak payah.Takut nanti kalau makan antibiotic sangat nanti dia dah tak de daya tahan penyakit.



Hari ni apalagi terpaksalah masak bubur ikan campur sayur bayam. isi ikan tu aku ambil dari ikan yg laki aku tangkap hari tu. Tapi kalau korang nak masak jgn lupa letak halia, nanti takdelah hanyir. last sekali baru letak sayur ngan ikan tu. kecikkan api supaya dia masak slow.kalau korang ade slow cooker lagi elok . atenye teman tak de slow cooker, terpaksalah . slowkan sendiri apinye. lupa nak pesan jgn letak garam utk budak-budak. nanti kalau nak makan letak kicap sikit.





Ni nak bagi pengasuh. Saje aku letak banyak, boleh makan ngan geng-geng die.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina