Thursday, July 23, 2009

Nasi kukus



Korang jangan marah ye, entry aku minggu ni masak aje.Pagi ni mcm biasa bangun awal 5.40 pagi. pagi ni nak masak petola goreng dan ikan bilis cili padi. Tapi pagi ni aku kena masak nasi, sebab semalam tak masak , beli kat pasar malam je. habis tu terpaksalah masak , aku ngan firdaus nak bawa bekal. Aku masak nasi sikit je, sebab tu aku kukus. Kalau guna kukus.tak payah nak takut nasi jadi hangit. Aku malas pakai periuk letrik , sebab malas nak basuh. masak nasi sikit, nanti periuk dia melekat sangat. Masa aku dalam pantang, teknik kukus ni selalu aku gunakan.





Masukkan beras dalam mangkuk yang tahan panas. basuh mcm biasa. letak air dalam kuali lepas tu tutup.




Aku guna kukus, sebab aku masak sikit, sukatan dia dalam cawan kecik tu.




Ini nasi yang dah siap masak. Masak lebih kurang 20 minit.




Cara masak ni, aku kena tunjuk, atas permintaan kawan aku. Ni petola. Tapi jangan salah beli, nanti beli yang tua. Kalau tua, kite masak nanti dia banyak hampas dan ade biji. Cara nak kenal dia tua ke muda, ngan cara pecahkan sikit kulit yang aku tandakan bulat hitam tu ngan tangan.kalau senang pecah maksudnya mudalah.



Kupas pakai pengupas buah. senang dan cepat sikit.






Belah dua dan potong macam kat atas ni.





Macam biasa goreng ikan bilis sampai garing dengan api yang sederhana.





Lepas tu naikkan ikan bilis tu ketepi sikit , gorengkan pulak bawang putih sampai garing dan berwarna coklat.




Sayur yang dah siap dimasak. jangan masak terlalu lama. Bila masuk sayur, terus kuatkan api.



Ni aku malas nak tunjuk caranye. Sebab masak ni , dah banyak kali aku tunjukkan. ni memang pedas punye.tangkap leleh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina