Sunday, August 2, 2009

cokodok ikan bilis



Dah lama rasanye tak buat cokodok ikan bilis. sesekali buatpun sodap. semalam pagi, dah tak tahu nak buat breakfast ape, aku buatlah cokodok ikan bilis. sambal cili dia aku suka buat sendiri.





mcm biasa tumbuk bawang merah kecik, lagi banyak lagi sodap.



ikan bilis rendam dan tumbuk.



tepung campur garam sikit. parutkan carrot .masukkan telur sebijik, ikan bilis tumbuk, bawang merah kecik tadi . kacau ngan air suam. jangan letak air paip nanti kuih jadi keras.




Ini yg dah siap digaul.jangan terus goreng.biar dalam 20 minit baru digoreng.



Cili kering di mesin ngan bawang putih.



masak dalam kuali, masak ngan api sederhana, campur cuka, garam ngan gula. sambal cili ni tahan lama.letak dalam peti sejuk.




Tepung yang digaul bolehlah digoreng ngan minyak yg banyak. biar tukar wana coklat baru boleh diangkat. api jgn kuat sangat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina