Thursday, August 13, 2009

n3 donut dan lain-lain makanan



Aku macam biasa nak tunjuk sikit, pagi tadi pukul 4.30 aku buat donut. Bukan ape, aku taklah rajin sangat.Tapi sebab Firdaus yg nak makannye , aku terpaksalah merajinkan diri. Donut yg kat atas ni boleh dikatakan jadilah. Kadang-kadang kita tengok ada donut yg macam berminyak sangat, itulah kalau nak mengelakkan berminyak sangat, jangan biarkan adunan terlalu lama.selepas diuli rehatkan 30 minit dan selepas terap ngan acuan rehatkan lebih kurang 30 minit.




Sebenarnye tepung gandum aku adelah sikit. tak sampai pun 1/2 kilo. Macam biasa tepung cap
sauh .Aku bukan nak memuji company tempat keja aku. bukan dapat ape pun.tapi memang dari dulu aku pakai tepung company tu. Mula-mula letak tepung dalam mangkuk.
Bahan 1) mauripan atau yis basah bancuh ngan air.jgn air panas . Kalau tepung tu sikit, jgn letak banyak yis.
2)tepng sikit, letak telur 1 biji
3) butter sikit.majerin pun boleh
4) garam campak dlm tepung (garam sikit je)
5) gula bancuh dlm air sikit
6) air.benda penting.
6) adunan jgn terlalu keras. kelembutan donut bergantung kepada kelembutan doh.



acuan. kalau takde acuan bolehlah guna cawan ngan tutup botol. alah beli jelah acuan ni .murah je RM1 ke RM2.



uli biar lama sikit. ini doh yg dah dibiarkan selama 30 minit



Apalagi teraplah adunan. Canai tepung jgn terlau nipis.



donut yg dah dibiarkan selama lebih kurang 30 minit. gambar menggoreng aku tak masukkan. letaklah minyak banyak sikit. Gunakanlah minyak sri murni . jgn kuatkan api sangat. kena selalu balik-balikkan, kalau tidak hitam cepat.




Jangan letak gula ketika donut baru diangkat. tunggu sejukj sikit, supaya gula tak melekat kat minyak. Kalau boleh guna gula castor, sebab gula castor tak cepat cair, bila kena panas.




Lepas dah siap buat donut, aku masak bekal untuk dihantar ke rumah pengasuh Firdaus. Simple je.Firdaus ni suka allergic. Kebelakangan ni tangan ngan leher dia semua tumbuh biji merah-merah. aku dah syak dah, sebab 2 3 hari ni dia makan ayam ngan telur. Itulah dalam minggu ni aku kena masak vege utk dia. pagi ni aku masak sup suhun + kentang + carot.Kentang ngan carrot basuh dan tuskan.





bawang bombay kuning ngan ikan bilis. Kalau pakai bawang ni, sup jadi manis sikit.



tahu kering ngan suhun direndam dulu.



malas nak tulis step by step. dah empuk kentang ngan carrot.baru masukkan tauhu kering ngan suhun.



Tugas pagi ni sampai tempat keja. masuk pantry, sebab nak buat sandwich sardin. Almaklumlah kucing besar tak de. apalagi naik tocang.



Cili api mcm biasa . biar meletup, berapi-api. aku buat sandwich ni sebab noor teringin nak makan.



bawang biar banyak. hiris nipis-nipis.



Dah siap.memang pedas meletup-letup.



buat siap-siap. lapar je ngap.semestinye roti gardenia. Ini bukan company aku.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina