Sunday, September 13, 2009

Almond Malaysia



Ni biskut semalam aku buat .Start dari pukul 6 pagi hingga 1 tengahari.1/2 kilo badam. Kite guna nama Almond Malaysialah, sebab tak tahu pulak org landon ade biskut ni. betul tak.




Sorrylah aku tunjuk tungang terbalik sikit. tapi tak pe janji paham. masa nak mencelup biskut, cairkan coklat ngan sikit butter. Kena cairkan ngan keadah double boiled.awas letak bekas yg tahan panas. butter bagi coklat nampak berkilat.



badam cincang yg hendak ditabur atas biskut yg dah dicelup coklat.




susun bekas biskut penuh meja dulu , nanti senang nak celup coklat.



biskut hendak dibakar selama 20 minit dalam suhu 160.



Letak badam kat tengah doh, lepas tu tutuplah.



macam nilah, jangan terlampau besar, nanti kalau dah masak takut dia bertambah besar.tak cukup nak masukkan dalam mangkuk kertas tu.



Badam disangrai sampai garing atau ranggup. Aku nak senang, masuk dalam oven je. tapi kena kacau-kacaukan.



telur 3 biji
tepung gandum
tepung jagung
gula 240grams
butter 2 ketul 500 grams



bab tepung aku tak timbang. Selagi kalau kita uli doh tak melekat kat tangan, maksudnye dah okey.



Pukul butter ngan gula sampai kembang , bila dah kembang masukkan telur kuning 3 biji.jgn lupa essen vanilla sikit. lepas tu baru campak tepung gandum ngan tepung jagung. Tapi kali ni aku letak tepung kastad sikit. sebab tepung jagung dah tinggal sikit.tapi gula kena timbang. kalau tak timbang gula memang cari nahaslah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina