Tuesday, September 15, 2009

Ana kreatip



Gambar ni aku ambik dari pengasuh anak aku Ana . Dia ni memang kreatif gila. Seminggu sekali tukar susun atur rumah. kraftangan semua dari bahan terbuang. Aku pandai jugak, tapi bukan kraftangan, tapi kerastangan.masak bolehlah, kalau nak menghias rumah memang minta ampun. Ni projek terbaru dia , masa nak raya ni.akuarium ikan dijadikan kolam.




Dalam proses percubaan.



Ini semua hiasan luar rumah, tapi mcm kat dalam umah. segala kayu manis , bunga lawang semau dia buat kraftangan. Kalau kayu manis tak de kat umah, aku kopek je kat perhiasan dia hee hee. Dia pun pandai buat gubah hantaran



Firdaus kalau kat umah dia tak berani nak pegang-pegang barang dia. Kat umah sendirilah dia tunjuk perasaan.






Ni kat luar umah dia. kesian plak ngan pokok bunga kertas ni, aku tangkap sekali. sekianlah ana kreatip
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina