Tuesday, September 1, 2009

Macam-macam cerita



Hari Ahad ari tu aku ngan Firdaus pegi Jaya Jusco. Tujuan aku semata-mata nak mencari bekas tempat lauk untuk ari raya. aku tinjau dulu kalau ade yg murah. dah lame rasanye aku nak beli benda tu. Sebab kalau raya penat nak salin lauk. Kalau ada bekas tu senang sikit. Masa aku tengah tinjau tempat jual sayur, datang plak silembu sengal ni. Yang cantiknye , dia datang terus peluk anak aku. Firdaus tak de marah, tapi yang aku tak tahan, dia boleh jerit busukkkkkk lah. Rasa aku nak hempuk je muka Firdaus. tak tahulah silembu tu dengar ke tak? lepas silembu tu belah, aku pun tanyelah, Ape yg busuk? Firdaus cakap " baju dia". Nak terbahak aku ketawa.




Silembu belah dengan hati yg kecewa.



Firdaus dah kebulur. aku pegi Jaya Jusco ni mesti tak singgah kat Lavender, memang favourite aku beli roti kat sini. Firdaus suka beli roti yang atasnye ade floss ayam.





Makan ngan lahapnye. Anak sapolah ni...



Time cuti mcm ni ramailah org.



Nilah bekas yg aku cakap tu. Aku beli 2 dulu, sebab bajet kurang. nanti minggu depan aku beli lagi 2. Ini yg paling murah. Aku ingat nak beli mcm Ros tapi mahal sangat.Satu set mcm tu RM189.



Aktiviti 3 hari cuti buat Tart nenas. Diam tak diam , aku dah buat hampir 700 biji. jem nenas aku pun dah habis. Ari tu aku buat 25 biji nenas. Ni kena tambah lagi. alah aku berniaga kecilan je . org kata nelayan dipersisiran pantai.



Aku suka bulat-bulatkan inti dulu, nanti senang nak buat.



Oven aku kecik je, sebab tu banyak keja sikit. Tapi tak pe , kalau dah jadi taukeh tart nenas , baru beli oven besar almari. betul takkkk.



Ni sebahagian tart nenas yg dah siap. Aku punye tart gedabak sikit. Bak kate PM pencapaian diutamakan pelanggan didahulukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina