Sunday, September 6, 2009

Merayau-rayau hujung minggu



Hari minggu merayau-rayau ngan anak aku yg anorexia ni. kita orang pegi sacc mall Shah alam. Cadangan aku nak pegi Jaya Jusco , nak beli lagi 2 mangkuk idaman aku ari tu. tapi malangnye anak aku ajak ke sacc mall. Aku bodoh sikit kat sacc mall ni, sebab ni tempat org kaya sikit. aku standard jaya jusco / giant. Nasib baik kat paling bawah sekali ade giant, itu pun satu tingkat je.



Kat ruang legar bawah tu ade plak naib juara mentor musim pertama, Nabil. suara sedap. Tapi anak aku marah layan tangkap gambar dia. Aku biasalah nak update blog mestilah nak tangkap gambar.



3 serangkai berlega-legar. nak mengahabiskan masa nak tunggu berbuka puasa. Anak aku kate nak belanja aku berbuka puasa kat subang airport lama.Aku pun tak pernah pegi sane.




Aku tinjau kasut, kalau ade yang berkenan dihati. Tak tahulah aku ni kalau barang aku liat sikit nak keluar duit. Kalau anak punye tak pe plak.




Memilih kasut sifirdaus , aku layan bata je. nasib baik anak aku bayar. selamattt.




Firdaus ni kalau dengar lagu leka sikit. Kalau rancak siap joget-joget lagi.




Sambil lalu kat situ cari barang dapur sikit. tengah offerlah katakan.



Aku bengang betul ngan anak aku ni, buat perangai menangis-nangis. Aku cakap nak mms gambar dia nangis kat laki aku, terus dia control, berlakon senyum plak.




Nilah tempat yang anak aku nak belanja,BB Thai Subang Villa.



Ini kat luar restoran tu ade siap ada air terjun lagi. kalau tak sedap , tak tahulah nak cakap.



Banyak akuarium ikan kat situ. aku ingat kalau sape nak makan ikan , dia tangkap kat situ. Kat situ siap dia tulis harga 100 gram berapa ringgit.



Firdaus ni pantang nampak kolam ikan. Dia ni kalau bab air memang laju sikit. Kalau kat umah sepuluh kali kejap basuh tangan, saje nak main air.







Sambil tunggu waktu berbuka , apalagi sessi bergambar wajib.



Rupa boring ngan nasi goreng. Petang ni Firdaus makan sikit je, tak kena ngan selera dia .



Ayam lemon.



Big telur dadar.



Nasi goreng dua pinggan besar. orang nye 4 org je. biasalah anak aku yg senggal ni memang suka order banyak, tapi yg kena habiskanye aku jugak.



Ketam , tapi dah tinggal kulit. Tak sempat nak tangkap gambar. Aku jugak yg kena makan banyak. Masa balik mata aku dah berpinar-pinar keluar ketam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina