Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin




Selamat Hari raya yg lepas. Aku sekeluarga memohon maaf dari hujung rambut hingga kekaki jika terkasar bahasa Kalau hari raya memang aku tak de update, sebabnye

1) aku masak
2) aku layan tetamu
3) aku basuh pinggan
4) aku anyam ketupat, siang daging, ayam dan macam-macam-penat siottt.

sapa nak tangkap gambar. korang tunggu depavalli and chinese new year baru banyak update.



ayam masak merah 7 ekor habis hari raya pertama jugak . biasalah keluarga akukan campur cina, india melayu semua ada.



rendang kambing 3 kilo, raya pertama habis jugak.



kuah kacang habis jugak raya pertama.



Semperit aku baru belajar buat.jadik. next year jual biskut ni pulak.



almond landon kesukaan kanak-kanak-tapi dorang keji lepas makan buang bekas dalam mangkuk kuih aku. tahun depan aku rasa nak beli keropok ringan-ringan macam kedai runcit tu ,gantung je.suruh dorang ambik yg dorang suka. lepas tu sediakan main tikam. tak payah sediakan duit raya. keji betul aku. okeyy sekianlah entry hari raya aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina