Wednesday, September 16, 2009

Sessi luahan yg paling ganas dan gilossss







Hari ni memang aku nak jadi giloss sekejap ngan surat ni. Kan aku dah cakap aku tak menyebelah mana-mana pehak. Family laki aku dah meniaga kat tempat tu dari tahun 80an mcm.memang selama ni ada lesen dari +$####, tapi sekarang dorang tak bagi sebab nak jadikan selangor ni setinggan sifarlah. Tapi aku tak nafikan dia orang bagi kedai kecik yg sekakang kera tu dah lah menghadap panas. hello bukan bagi free tau tiap bulan kena bayar sewa RM200 plus , aku pun tak tahu. aku tak kisah kalau nak bayar pun, tapi setakat boleh letak 2 atau 3 meja. mcm mana. Dalam bulan mulia ni pulak dia nak sessi menghalau org. cari bulan lain.

Apa kejadahnye aku tengok pendatang &%$#@ suka hati je berniaga bersepah-sepah pegilah kau kacau. Kenapa ahhh, kita ni jadi pendatang kat bumi kita sendiri. kenapa ahhhh. sib aku tak posa. bolehlah maki sesuka hati. Yang org kita pun satu, sukalah nak bagi sewa lesen kat pendatang asing. menyampahhhh gilossss aku. Kalau tempat yg aku berniaga tu dia nak buat projek takpelah aku redha. Tapi, dia kata tempat tu kat bahu jalan, takut menggangu lalu lintas. apa ke dia banggang, kiri kanan kedai tu , tempat punye lapang seluas padang bola. takkanlah dorang nak parking kat jalan raya. tul tak????.Kau fikirlah sendiri, sapalah nak tolong bangsa kita sendiri, kalau tak kita sendiri.

Yang aku dengar sekolah tu tak puas hati.Kenapa kantin sekolah selalu nak dengki kalau org berniaga. ampun maaflah kalau aku cakap, terutama melayu nak dengki melayu sendiri. Kau masaklah sedap sikit, pasti org beli.ini takut kalau org berniaga kat sebelah. Apalah kau nak dengki sangat, bukan aku punye kedai cafe ke restoran.kedai aku , kedai roti canai kat tepi jalan je. helooo. kau tu melayu. dan ISLAM. jgn dengki nagn busuk hati. Cuba tengok mcm mak mertua aku , kat sebelah kedai dia lagi org berniaga, sempoiii je tak kisah. Aku dah dengar sikantin tu yg report. Apalah kau dapat. Masa dulu zaman aku susah pun sama, aku ngan anak aku berniaga nasi lemak ciput je pun , org kantin dengki. berapalah untung sgt nak dibandingkan ngan dia.

Akhir kata hapuskan dengki mendengki. Masak sedap sikit mcm aku (heee heee mesti puji diri sendiri kalau tengah geram gilosss babisss) mestilah budak sekolah datang kat kantin kau. ari tu budak sekolah tu kata kau masak tak sedap, ari tu dorang cirit birit nyaris tak gol makan kat tempat kau. Tak payahlah aku cakap nama sekolah tu , tak penting pun. Hello tuan kerajaan tolong lah melayu sikit. Kau kang tahu ini bumi Allah, bila pulaklah jadi tanah kerajaan ye tak.

Dulu aku duk setinggan, aku ingat lagi masa aku kecik-kecik, family aku meneroka tanah yg digelar haram tu. dah berseh buat umah,ramailah penduduknye. tiba-tiba bertahun-tahun, aku ngan satu kampung disuruh pindah katanye tanah haram. tak delah yg halal semuanye haram. lu pikirlah , buat umah tuk kita, suruh kita plak bayar. mcm mana hutan yg aku dah bersehkan dulu tu sapa nak bayar ye tak.. korang pikirlah. mungkin cakap aku ni tak boleh pakai tak.sebab aku ni sekolah tak tinggi sgt. tapi kajiannnn mah. dorang tu semuanye sama. satu tujuan peso euro, bhat , lagi ape yeee,pikirlah , heee heee (mengilai cam langsuir sikit) baru boleh wat keja lepas ni.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina