Thursday, October 8, 2009

Terbaik dari ladang




Mangga yg menjadi kebanggaan aku. Aku tanam pada tahun 2005. Jenis mangga ni aku tak tahu nama dia. Yang aku tahu lagi lama lagi besar. Kalau tidak aku tak nak petik lagi ni, tapi sebab nampak dah meloyot sampai ketanah, tu yg aku petik tu .




Inilah pokok mangganye kat depan umah aku je..





Ini kobis yg aku nak masak. Jangan salah paham pulak bukan aku tanam . mari dari kedai



Aku nak masak ikan bilis petai. Dah gak seminggu aku tak masak. Lagi keji aku siap beli nasi lagi. Baru semalam nak gigih masak. Baru gak nak beras . Ikan bilis harus goreng dulu. Petai pun aku goreng sekali. Petai mentah aku takut sikit nak makan.



Ikan bilis harus terbaik dari ladang. yang warna kuning ni sedap sikit.Kalau goreng jadi ranggup.





Hasilnya sambal ikan bilis bersama petai. entry masak dah ade dulu.



Tangan firdaus mengacau. baru aku nak kacau telur buat telur dadar.guna kicap .takut bubuh garam, nanti kalau masin laki aku saound. Laki aku ni trauma ngan garam sikit.




Kacau ngan bawang besar sikit.



Telur dadar serta hancur aku dah siap.



Sebelum goreng sayur, tumis bawang putih ngan ikan bilis sampai garing.



Guna kicap cair lagi. Kalau aku goreng sayur letak garam, lagilah angin meroyan laki aku datang. Siap dia kata, sapa ajar goreng sayur letak garam. aku hmmm diam jelah.



Inilah hasilnye.



interframe sikit. korang tahu tak nak keropok ? biskut? aku tak tahu nama dia. Tapi aku kalau makan ni tak boleh berhenti.



Anak aku lagi ngan pringles.



Bersenang lenang ngan pringles.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina