Saturday, November 21, 2009

Aku, kisah 70an hingga 00an

Kisah 70an

Aku dilahirkan dalam keluarga yg boleh dikatakan susah jugak. Arwah mak aku bekerja sbg pencuci pinggan disebuah kedai makan. Kedai makan tu sampai sekarang ada lagi. Dulu arwah mak aku selalu bawa lauk yg tak habis dari restoran tu. Aku adik beradik semua tunggu arwah mak balik, dengan harapan dapat makan sedap, tapi pada satu hari mak aku tak bawak balik apa-apa.

Aku : mak kenapa ari tak bawak lauk
Mak : Tak dapat bawak balik, taukeh kedai tu tahu, dia suruh dorang buang yg tak habis.

peringatan bagi taukeh restoran, cafetaria dan segala kedai makan. Nanti aku rotan tangan korang yang suka buang makanan yg tak habis, bagilah org yg susah bawa balik.

Kisah 80an

Kebanyakan kawan-kawan aku semuanya pandai-pandai, tapi aku tak delah nak tumpang popoliriti dorang , aku sedar aku sapa. Wahai kawan aku yg dah jadik peguam, cikgu, pegawai, dorang tak sombong kalau jumpa aku. Aku doakan semoga korang sucess.

kisah 90an

Aku duduk di Tanjung Malim, jiran aku 2 orang pelacur.Tengahari dorang keja shampoo girl , malam dorang jadi pelacur kecil-kecilan je. Rumah tu rumah lama tapi 2 tingkat. Satu hari aku duduk dgn dorang kat pangkin depan umah aku, nama dorang yati nagan imah.

Aku : korang tak de keja lain , kenapa nak jadik pelacur
Imah ngan yati : mak selalu minta duit tiap-tiap bulan. keja shampoo girl tu mana cukup. adik beradik kita orang ramai.
Aku : mak korang tahu ke kau keja apa?
Imah ngan Yati : tak tahu


Peringatan bagi mak bapak, bila kau dah besarkan anak , jgn harap balasan. Anggaplah itu dah satu tanggungjawab kau. Kalau dorang bagi duit, itu satu bonus. Siasat sikit anak korang keja apa kat bandar ni.

Aku berpindah ke United Plantation, keja apa korang tak payah tahulah.3 tahun aku kat sana. Kat sana aku jaga berpuluh-puluh bangla potong kelapa sawit. Tapi Bangla ni tak sedar diri, dia asyik cakap , dia kat bangladesh kaya, datang kat sini kita orang tipu dia. Bila aku dah maki dan halau dorang.Baru mulut dorang diam.Aku suka tinggal kat sana. Rumah cantik , semua percuma. Anak aku pun ada orang jaga.

Peringatan buat KP. Kebanyakan dorang suka menjual diri kat bangla-bangla atau kat apek jual ikan, supaya dorang punya hutang langsai. Lagi best ngan bengali jual carpet.Norli, kuli yg aku jaga tu siap ada anak luar nikah ngan bangla. Aku tak tahu bila dorang nak sedar, aku nasihat je, tak nak dengar tak pe.

tahun 00an

Buat kawan aku yang ada jadi perempuan simpanan datuk tu . cukup-cukuplah, dulu aku tanya kenapa jadi simpanan, dorang cakap nak kumpul duit . Banyak kawan-kawan aku yg jadik GRO ngan pelacur pun bagi jawapan yg sama. Ko tahu beb bila kau dah dapat duit banyak, ko takkan berhenti punya, sebab kau nak cari dan cari lagi. duit senang dapat cepat habis. Ko tahu bila kau dah tua datuk cari yg muda.Tapi aku tak nak jumpa korang dah kerepot masih jual diri kat chow kit. Masa tu aku babab bontot kau. (manja).

Peringatan buat mak bapak selalulah, hantar anak korang kat tempat seperti raudah, contoh supaya mereka dapat tauladan kat sana. Ini tidak nak hantar tempat baik-baik je. Ari tu aku kenalkan kat kawan aku tempat tu, lepas dia hantar anak dia, dia marah aku. Tempat teruklah , banyak budak bawah umur mengandung anak luar nikah. Hello beb ko nak hantar anak kau tempat baik, apa pengajaran yg dia dapat. Aku lebih suka hantar anak aku kat tempat mcm tu, nanti dia takut sikit nak buat benda tak baik.lu pikirlah sendiri.

The moral of the story ngan kisah aku kat atas, aku tak kisah nak berkawan ngan sesapa. Hello beb , bukan kita yg menentukkan jahat baik seseorang.Hanya Allah SWT yg mengadili mereka.

Diri kita tak tahu mcm mana lagi, tapi satu aku tak boleh masuk ngan orang talam 2 muka atau suka sampai-sampai ni. Itu kalau aku dapat aku rotan bontot dia beratus kali. Aku harap satu hari aku jumpa dapat jumpa lagi ngan dorang yang aku ceritakan ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina