Thursday, November 19, 2009

Aku minah rock



Zaman 80 an aku minah rock. Aku ingat masa tu pada tahun 1986, aku tinggal asrama. Sanggup curik-curik keluar kerana band 3 org ni. Masa aku dengar dorang nak buat show .ahhh ahhh jangan salah paham, dulu dulu bukan kat stadium tau. funfair.Dulu funfair famous. masuk baru 2 ringgit.





Aku ngan rapat 3 orang.Musalmah, poziah ngan noorfaini. dorang semua tidur umah aku kat port klang. tengahari balik sekolah menyelinap keluar ngan budak-budak yg tak duduk asrama. Lepas menjelajah greet wall kelang, sekarang dah tak da, dah jadi taman bunga. Petang baru sampai umah, Tadi beli sikit barang nak prepare. nak tengok konsertlah katakan.Dulu kita orang semua betino, no no no jantan. korang zaman aku kan tahu .gelang-gelang rock besi tu.yang sampai kepangkal lengan. rambut biasalah alah -alah pelakon cina zaman 80 an.Dulu aku kan minat cerita police cadetlah. Do Do Cheng peberet aku. apalagi rambut taruh spray sekatilah. kasih buat ramors kat depan. Aku minah rock, ada tapi tu, pakaian artis hong kong.skirt labuh tu.



Korang ingat kita orang naik bas ke. sanggup jalan kaki jauh, dari umah ke kompleks sukan pandamaran. nak jimatlah katakan, bukan ade duit pun, janji lepas duit ticket funfair jadilah.
orang punya ramai tak tahu nak cakaplah, mcm konsert LINKIN PARK. apalagi pukul 8 malam, selepas ketiak berpeluh, ngan ramors dah jatuh baru sampai padang funfair. Tapi yang paling aku teringat sampai sekarang, amy search lalu depan aku.alah mak felling habis. seluar dia punya ketat sampai tak boleh masuk angin .tak tahan aku seluar belang-belang putih hitam. Aku rasa seluar tu mesti dia dah buat lap kaki.

Aku minat gila gak ngan Joey Bumiputra rocker ni. ngan lagu KEUNGGULAN CINTA.... aku tak nak teruskan., nanti dorang tak boleh cari makan.

Aku minat sasau ngan Ella and the boys gak, itu dulu , menjak dia mcm feminin aku jadik mcm loya loya sikit.kalau funfair mesti 3 band ni ada. Kalau Ella tengah nyanyi baik korang ketepi, habis muka korang kena hayun ngan rambut dia. Dulu style dia mcm tu sikit kena libas-libas rambut. Alah kening dia dulu toksah cakaplah , tebal gila , kalau cantum boleh jadik carpet sekeping.

The moral of the story mana dorang sekarang ye.Kenapa dorang tak nak kekalkan konsep dorang ye.

Lagi satu the moral of the story aku ngan laki aku satu kepala , kepala rock. sekarang aku ngan laki aku layan Linkin park plak. Habis tu search, Bumiputra rockers, ella and the boys dah tak de.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina