Friday, November 20, 2009

Fatt Chin Choy buat aku geram







Cari perbezaan gambar di atas. memanglah orgnye sama .tapi versi lain. Tapi stephen chow ni memang aku minat gila. korang jgn marah ye, minggu ni minggu artis.

Ceritanye begini , pada satu hari aku menjumpai satu blog, aku tak ingatlah nama blog tu. Aku saje je tengok follower dia, aku cam heran je ..tiba-tiba aku ternampak satu follower dia sorang artis Hongkong ni.

Biar bebenor, aku gosok mata aku sekali lagi, takkan yelah Stephen Chow nak follow blog dia. kalau blog cino aku percayalah gak. ni blog org melayu. Kalau betullah stephen chow follow blog dia, aku bunuh diri terjun dalam perigi, perigi buta je.

Aku pun cam tak puas hati gak, korang tahulah aku memang minat gila ngan dia, kalau tengah tengok filem dia, sanggup kalau sakit perut nak buang besar, aku postpone.

Aku pun click follower tu , muncullah blog ni Fatt Chin Choy ,

Sib baik bukan stephen chow, rupanya Fatt Chin Choy guna muka Stephen Chow.

The moral of the story, Selain dari Stephen Chow, aku jadik minat gak ngan Fatt Chin Choy. bukan minat org , baca blog dia. Aku ni kan tak suka cerita serious ni. Lagik kalau tengok cerita hantu aku boleh ketawa. Tapi kalau tengok hantu depan mata, aku larilah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina