Monday, November 23, 2009

Riang ria minggu



Badan Firdaus yg semakin mantap dan berketul. Berkat makan nasi 1 hari 2 3 kali. Aku pun tak tahu kenapa dia asyik lapar dan terus lapar.






Dia malu aku snap gambar dia.Tangan sebelah pegang donut. kat riba pegang pau. mana satu dia nak makan pun aku tak tahu.






Menu ari sabtu ari tu. Dah lama tak masak pindang ikan. masak ni senang je. hiris bawang besar ngan bawang putih , halia.tumis sampai naik bau .Lepas tu campak air asam jawa atau asam keping. Aku suka letak bende ngan cili besar. Ikannya ikan kembung atau cencaru.Dalam pantang pun boleh makan ni. Tapi aku letak kunyit hidup. Kalau letak serbuk kunyit, bila tak kacau serbuk kunyit mendap kat bawah.kalau kunyit hidup kuah dia elok je kuning tak de mendap.

Bende sikit, aku celur nak cicah ngan sambal belacan. Sambal belacan campur cili kering sikit.




Petangnya aku buat kuih pau, resepi tengok kat tepi ye , dulu dah ada. Aku pakai inti kaya.Kayanya tak cukup, aku sayang nak buang tepung dia .Aku uli buat donut , balance tepung tu. Okey , resepi donut pun aku dah letak kat tepi. kalau tak cuba aku babap bontot(manja).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina