Monday, December 21, 2009

Sembang Mak Long- Bau kaki atau stokin?



Korang pernah tak cium bau stokin atau kaki busuk? Bau dia lebih busuk dari bau ikan sepat masin. Alkisahnya pagi tadi sewaktu aku menunggu komuter. Masa aku sampai kerusi tempat menunggu penuh, kecuali dua tempat sebelah jejaka tampan berkaca mata hitam pagi-pagi buta.

Aku tengok tempat duduk kiri dan kanan jejaka tampan tu tak de orang duduk.Jadik aku tak de pilihan, aku duduk sebelah jejaka tampan tu. Dia pandang aku senyum, walaupun aku tak nampak anak mata dia, sebab dia berkaca mata hitam besar.Di sebelah dia ada sebuah beg hitam. beg dialah tu.

Aku tengok pakaian dia kemas.berkemeja dan berseluar jeans serta berkasut kulit.Tiba-tiba dia duduk bersilang kaki. Dengan sepantas kilat , hidung aku terhidu satu bau yang harum semerbak , lebih wangi lagi ikan sepat masin.Aku toleh kiri aku terpandang stoking hijau dah tak de getah kepunyaan jejaka tampan tu. korang tahukan stoking tak de getah mcm mana. bila pakai mcm melorot jekan.Sahlah bau harum menusuk ke jantung aku tu bau stoking. Patutlah aku tengok ada orang sanggup berdiri, tak nak duduk sebelah dia.


Aku pun tersengih kat dia.dia buat do no cermin hitam dia warna samr-samar coklat. Aku tak suka nak kecikkan hati orang. Takkan aku nak tutup hidung depan dia. Aku cuba fikir cara terbaik untuk bangun dari situ, dengan cara dia tak terasa hati. Macam pepatah berkata. menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak.Aku buat pegang HP nak sms sambil bangun perlahan-lahan. Tapi tak terus duduk kat tangga , berdiri dulu beberapa saat buat-buat sms, baru duduk kat tangga.

Aku geram betullah sijejaka tampan ni, bukan nak cium stoking dulu sebelum pakai. tak tahu jaga hati orang langsung. Aku dah cium bau stoking kau pun pandai jaga hati ko, tak nak kau terasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina