Sunday, May 31, 2009

Lauk untuk makan tengahari



lauk utk makan tengahari sabtu.



sayur taugeh campur sawi, tahu dan alah alah tahu org panggil scallop. aku dah tulis dalam entry yg aku makan yong tau fu. benda tu sedap.


goreng sayur jgn terlalu lama. cepat angkat bila dah layu sikit.


sambal cili api dgn ikan bilis dan belimbing buluh. sedap sangat. dalam entry aku yg dulu aku buat letak mangga. ingat tak.




nilah dia dah masak. dapat belimbing buluh yg dah masak . baru sedap.jgn lupa letak gula sikit supaya tak pedas sangat.





apalagi anak aku ni tukang makan. dia ni kalau dapat pedas senyum sampai ke telinga.





lupa pulak aku goreng ikan sardin dengan telur dadar sekali.





apalagi dah kenyang posing mcm model.




ala-ala noami campbel tak?
















Saturday, May 30, 2009

Buat kek untuk pengasuh anak



Persedian untuk buat kek

butter SCS, mahal tapi baunya wangi. satu adunan satu buku butter 250 grams.




bekas untuk membakar kek. pakai ni senang nak keluarkan kek selepas masak.jangan basuh guna gosok periuk yg kasar.



gula castor 220 grams kalau tak suka manis boleh letak 200 grams. aku tak suka pakai timbang sangat kecuali buat biskut.




mesin butter dengan gula sampai hancur dan bertukar warna putih.


pukul sampai kembang jadi macm ni. jgn lupa letak essen vanila.





letak telur sebiji demi sebiji. semuannya 4 biji. mesen sampai sebati.




masuk tepung naik sendiri 250 grams lepas tu mesen lagi.
dah sebati. aku masuk pewarna merah , biru , hijau jadi cam pelangi.







dah siap , masuk dalam bekas utk di bakar





masuk dlm oven suhu 180 c selama 45 minit.




inilah hasilnnya. cubalah kawan-kawan.








Friday, May 29, 2009

Cempaka Sari SPA



air ribena minuman kegemaran sekeluarga. sebelum buat facial. buat satu tupperware lepas tu kasi sejukkan dalam peti ais.



alatan untuk membuat facial. bukan pro . alah-alah manja kat rumah je. laki aku tu mesti nak facial dua hari sekali sepatutnya sebulan sekali. tapi atas permintaan dia tiap-tiap hari. biar haus muka dia. aku tak tanggung. kalau tak buat dia kata aku dah bertahun tak facial muka dia. aku layan je.....



selepas buat facial sapu krim malam. safi balkis je.




ni scrub muka jenama guardian. selepasa cuci muka bolehlah scrub.



toner jenama nivea. lepas scrub dan cuci balik bolehlah pakai toner. sapu pakai kapas. besi pulak buang jerawat.




ni masker jenama st Ives. last sekali bolehlah pakai masker.






kat rumah pakai timba je tau. bukan salon.sendiri pahamlah.






masa untuk menanggalkan masker kat muka. laki aku ni bukannya dia tahu aku tangkap gambar dia. dia syok tidur. kalau dia tahu kena debuk nanti.






aku bengang betul dengan firdaus ni .aku nak pukul dia, pandai dia lari. asal aku nak tangkap gambar je , dia panggil laki aku.





masa cuci muka. ni syok tidur lagi







orang tengah scrub pun dia tak sedar. apa punya sedap tidurlah.








apalagi kasih bersihkan. sorrylah tak ikut turutan. aku bukannya pro.

























Thursday, May 28, 2009

Dah lama tak makan yong tau fu



kaki firdaus luka sebab merempit dgn basikal dia yg tak de tempat duduk tu. dah banyak kali dia pujuk aku suruh beli basikal baru, aku tak layan. aku fikir kalau beli rugi je. tunggu dia besar sikit baru aku beli baru.




nilah gaya mat rempit . tengoklah tempat duduk dah tercabut. ganas betul dia ni.




dia letak bontot dia kat atas roda , lepas tu dia buat macam aksi mat rempit angkat handle basikal, tak tahu nak sebutlah bahasa mat rempit sekarang ni.












ni maknannya sedap. sayur kangkung dalam yong tau fu. kalau beli yong tau fu dia memang suruh aku letak kangkung banyak-banyak.




basikal tak tinggal. sambil makan pegang basikal.





makan sambil mencangkung. mana tidaknnya basikal nak jaga jugak. perut lapar.




dia kutip kangkung sampai habis, lepas tu baru makan yg lain.






ciuman sebab nak makan yong tau fu.





muka lapar, dah tak sabar nak makan. dia ni asal nampak muka aku balik kerja je mula nak makan. tapi sebelum balik pengasuh dia dah bagi makan. tapi makan jugak.








yong tau fu nak bagi laki aku makan.



hidangan petang semalam.semuannya beli kat pasar malam taman kem.





aku beli yong tau fu tu sikit je, takut mahallah. hari tu aku beli ni kat giant , aku tambahlah .memang best ni.aku tak tahu nama di. dia lembik sikit. aku tengok dia tulis scallop.macam tulah ejannya.






lepas rebus tapis dia.






mengelegakkan air panas. lepas tu celur, jgn lama sangat.





kat pasar malam taman kem. aku beli rojak sikit. sedap jugak, tapi semuannya kuih je banyak.telur separuh. nak bajet kut.letaklah kentang baru sedap.






awek jual rojak tu .tapi ada jual mee, bihun sup dan laksa.gambar tak jelas sikit.






kat pasar malam ni banyak orang jual yong tau fu. tapi mak ci ni je yg paling sedap. kuah dia sedap.
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina