Friday, August 28, 2009

Salam kemerdekaan yang ke 52



Aku wish dulu sebelum merdeka 31 August ni. Semoga kita terus merdeka dari segala-galanye. aku feeling merdeka. Sentiasa kibarkan jalur gemilang. aku nak kalau dapat free.





sukanye merdeka. ari senin cuti. boleh aku buat kuih raya banyak-banyak. posa bulan ni aku berniaga kecil-kecilan jual biskut tart nenas je. tulah ade can ari senin ni.pokok nenas dah habis aku tebang, nak buat jem. tinggal nak buat biskut je. Akhir kate selamat merdeka.jgn lepak lama kat padang bulan-bulan posa ni. jauhi kontroversi tingkatkan quality.

Thursday, August 27, 2009

n3 2 + 1



Aku beli nasi ayam madu 2 bungkus. mcm biasa tinggal 1 bungkus.





Cucur badak ngan kuih abuk-abuk. Abuk-abuk best. tapi yg tak bestnye dia letak gula melaka plak. selalunye kalau aku buat, letak gula merah, baru manis sikit.




kuah yong tau fu.




Sedap, tapi kueh teow mcm ade rasa lain sikit.tu yg terbantut nak makan banyak. Ada lagi balance, banyak. sambung buat buka ari ni.




Sebelum balik bawak firdaus gunting rambut.





Kedai agak pening sikit, bau sembahyang ngan lagu sanggam. barber import India mari.



uniform biru. potong kemas. bayar murah je RM5.

Tak boleh ke kalau tak buat kecohhhh



mata dia jadik lagi.





Kenape aku buat salah.mata noor besar sikit.





ape yg dibincangkan. nak masak ape tuk berbuka puasa kot.




sifad sengal ni , suka buat kecoh. dia yg sibuk kulu kilir ambik gambar. mata aku mcm jadik sikitkan




kan aku dah kata aku tak suka glamour sangat.terpaksa aku kaburkan sikit.



pasangan bahagia.sebelah tu minah 6 jahanam.(rambut panjang)



tersenyum keji.



aku yang deman kura-kura.



kalau ye pun busy, facebook kasi tutup dulu.



apesal tangan kau dah bertukar gunting plak.




kau jgn poyo fad. mentang-mentang keja kau dah habis.



ni lagi sorang pagi petang siang malam peej peej peej. satu hari tak bukak blog peej, dia parkinson. cam aku gak.













Sifad tu apalagi megendenglah.




meja aku yang tak pernah nak kemas. mana taknye pagi lagi dah melayan blog.

Wednesday, August 26, 2009

Selamat menyambut bulan Ramadhan



Dah lama sangat aku tak update blog . Dah 7 hari puasa, baru aku nak wish selamat menyambut ramadhan. apalah punye sengal aku ni. Dalam masa beberapa hari ni, aku dok sibuk baca blog, peej , datin, ros, shazizi dan yg sewaktu dengannye. Pada bulan puasa nilah aku, memang jadi pemalas nak masak. Alasannye aku bukan ramai sangat. karang masak bagai nak rak, tak de orag makan pun. Semalam aku beli je dua bungkus nasi tomato. ayam KFC aku beli sikit utk firdaus, sebab dia sibuk sangat nak makan ayam KFC.





Aku semalam, memang geram sangat ngan restoran KFC tu. Dah banyak kali aku kate, nak peha semua. alangkah terkejutnya aku, buka kotak semua dada ayam. aku memang pantang betul ngan dada ayam ni. kalau peha takpelah, sebab isinye lembut sikit. Nak tak nak aku layan je.



Nasi tomato yang aku beli. Yang tukang jualnye , korang mesti kenal. SiFad sengal, yang dulu sibuk bergambar ngan Din Beramboi ngan aznil tu. bolehlah tahan rasanye.




Ayam masak merah 2 ketul. Ni pun tak habis. baki ayam seketul tu aku bagi firdaus bawa bekal. Puasa kali ni macam tak selera nak makanlah. aku jadi bodoh, dah tak tahu nak beli ape, nak bagi sedap makan.




Ni aku sahur pagi tadi, aku goreng cheese nugget ngan buat air nescafe.laki aku takde, dia 4 pagi lagi dah keluar niaga. habis tu aku sorang je sahur.

Tuesday, August 18, 2009

Firdaus demam panas



Dah 2 hari aku tak datang keja, ini gara-gara Firdaus kena deman panas pagi senin tu. mula-mula aku bawak klinik kerajaan, tapi tak baik jugak. Dahlah sehari suntuk aku kat sane. Demamnye tak kebah-kebah. Klinik kerajaan pun satu bukan nak bagi antibiotik. Sorrylah ngan rakan blogger yang chat kat box. Bie ngan siti akak minta maaf.Aku tak balas, almaklumlah aku ni tumpang sekaki kat ofis, bukannye ade komputer kat rumah. n3 aku kali ni aku ambil gambar kat wad firdaus duduk, sebab boring tahap gaban. nak tunggu keputusan darah, hazab.





mata semua naik sembab, ni ari semalam. Duduk wad dari 6.30 pagi sampat 6 petang. Suhu badan masa baru datang 39.7





Dah tak de keja lain, aku tangkap gambar jururawat tu umur dia 22 tahun, org ganu, baru keja 2 bulan. aku apalagi sukalah nak interview org ni.




ni alat yang menakutkan firdaus. alatan nak mengambil darah. 2 org ambil tak boleh dapat darah, akhirnye doktor gak yg ambil.





Ni dah okey sikit. lagi nak loyar buruk. misi tu tanye nak milo ke?Dia jawab, umah saya pun ade milo.




Tengah tidur lepas makan ubat.






Dah boring asyik tanye bila nak balik.




Pepustakaan Port Klang. Aku pulangkan buku, lepas balik klinik kerajaan ari senin tu.




Ni Firdaus punye kerjalah, burung pun dia nak tangkap.







Aksi ni dia yg suruh tangkap..Bukan betul bace tu, aksyen je.




Curi bendera kat situ.




Masa ni ceria sikit , lepas balik tu hampeh. panas sangat badan dia. nasib baik tak muntah.makan okeyyyy.



Tengoklah tu pura-pura tidur.


Thursday, August 13, 2009

n3 donut dan lain-lain makanan



Aku macam biasa nak tunjuk sikit, pagi tadi pukul 4.30 aku buat donut. Bukan ape, aku taklah rajin sangat.Tapi sebab Firdaus yg nak makannye , aku terpaksalah merajinkan diri. Donut yg kat atas ni boleh dikatakan jadilah. Kadang-kadang kita tengok ada donut yg macam berminyak sangat, itulah kalau nak mengelakkan berminyak sangat, jangan biarkan adunan terlalu lama.selepas diuli rehatkan 30 minit dan selepas terap ngan acuan rehatkan lebih kurang 30 minit.




Sebenarnye tepung gandum aku adelah sikit. tak sampai pun 1/2 kilo. Macam biasa tepung cap
sauh .Aku bukan nak memuji company tempat keja aku. bukan dapat ape pun.tapi memang dari dulu aku pakai tepung company tu. Mula-mula letak tepung dalam mangkuk.
Bahan 1) mauripan atau yis basah bancuh ngan air.jgn air panas . Kalau tepung tu sikit, jgn letak banyak yis.
2)tepng sikit, letak telur 1 biji
3) butter sikit.majerin pun boleh
4) garam campak dlm tepung (garam sikit je)
5) gula bancuh dlm air sikit
6) air.benda penting.
6) adunan jgn terlalu keras. kelembutan donut bergantung kepada kelembutan doh.



acuan. kalau takde acuan bolehlah guna cawan ngan tutup botol. alah beli jelah acuan ni .murah je RM1 ke RM2.



uli biar lama sikit. ini doh yg dah dibiarkan selama 30 minit



Apalagi teraplah adunan. Canai tepung jgn terlau nipis.



donut yg dah dibiarkan selama lebih kurang 30 minit. gambar menggoreng aku tak masukkan. letaklah minyak banyak sikit. Gunakanlah minyak sri murni . jgn kuatkan api sangat. kena selalu balik-balikkan, kalau tidak hitam cepat.




Jangan letak gula ketika donut baru diangkat. tunggu sejukj sikit, supaya gula tak melekat kat minyak. Kalau boleh guna gula castor, sebab gula castor tak cepat cair, bila kena panas.




Lepas dah siap buat donut, aku masak bekal untuk dihantar ke rumah pengasuh Firdaus. Simple je.Firdaus ni suka allergic. Kebelakangan ni tangan ngan leher dia semua tumbuh biji merah-merah. aku dah syak dah, sebab 2 3 hari ni dia makan ayam ngan telur. Itulah dalam minggu ni aku kena masak vege utk dia. pagi ni aku masak sup suhun + kentang + carot.Kentang ngan carrot basuh dan tuskan.





bawang bombay kuning ngan ikan bilis. Kalau pakai bawang ni, sup jadi manis sikit.



tahu kering ngan suhun direndam dulu.



malas nak tulis step by step. dah empuk kentang ngan carrot.baru masukkan tauhu kering ngan suhun.



Tugas pagi ni sampai tempat keja. masuk pantry, sebab nak buat sandwich sardin. Almaklumlah kucing besar tak de. apalagi naik tocang.



Cili api mcm biasa . biar meletup, berapi-api. aku buat sandwich ni sebab noor teringin nak makan.



bawang biar banyak. hiris nipis-nipis.



Dah siap.memang pedas meletup-letup.



buat siap-siap. lapar je ngap.semestinye roti gardenia. Ini bukan company aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina