Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010




SELAMAT TAHUN BARU 2010 KAWAN-KAWAN. AKU BERAZAM NAK JADIK BUDAK BAIK.AKU AZAM TAK NAK BANYAK HUTANG. KALAU BOLEH NAK LANGSAIKAN HUTANG YANG LAPUK.




AKU MENGENANG PERANCANGAN UNTUK TAHUN 2010.2009 PUNYA AZAM PUN TAK BUAT LAGIK.ANGAN MAT JENIN KHE KHE KHE..


CUTI 3 HARI KALAU BOLEH JANGAN BERAYA SAKAN.INGAT ANAK KORANG NAK MASUK SEKOLAH. YURAN NAK KENA BAYAR.JANGAN NANTI BAYAR YURAN POSTPONE BULAN 10 2010.


Thursday, December 24, 2009

Happy jingle bell






Marry krismas pada org kristian, terutama pada adik ipar aku, pusenthi. Aku suka nak raya krismas ni , sebab tak lama lagi dapat bonus. Moga ko belikan akak hadiah yg best sikit.

Cuti 3 hari ni , korang jgn lupa pesanan mak long, buat kuih frozen banyak sikit. supaya korang boleh kaya cepat.Aku tak sabar nak cuti 3 hari, aku ada projek tersohor.nanti come back monday, aku update projek terkini.

Sapa yg nak balik kampung 3 hari cuti ni.tolong pandu ngan berhemah sikit. Jgn pandu melebihi had laju. kalau korang kemalangan terus mati tak pe, yang aku tak nak patah sana sini, buat penuh hospital. Sampai ayah aku yang kencing manis nak duduk hospital pun tak de katil.tolonglah kesiankanlah kat org tua. jgn bawak laju-laju, nanti korang eksiden, semua org susah.





chau cincau..

Wednesday, December 23, 2009

Sembang Mak Long-Tips untuk mengelakkan bontot jadik lebar




Ni anak mak long yang paling kecik nak interframe.cermin mata beli kat Billion rega RM8.00 je.mcm mana handsome tak anak mak long?




Gambar karipap frozen yang aku buat sabtu ari tu . dah abis dijual semalam. gambar blur frozenlah katakan.


Ari ni aku nak bagi tips supaya mengelakkan bontot korang jadik lebar. Aku tahu kebanyakan korang semua keja kat opis, duduk je kan. Ni aku bagi tip, kalau hujung minggu tu rajin-rajin tulang buat kuih-kuih utk di frozenkan. Sambil buat makan sendiri, Boleh gak ambil kesempatan
jual ngan org terdekat. Agak-agaklah jgn kuih lapis ngan kuih kaswi ko buat frozen.ini memang aku terajang 18 kali.



gambar donut frozen aku , dah habis dijual gak semalam. biasalah gambar blur.baru keluar peti ais.





Ni donut frozen aku dah goreng subuh tadi. Untuk aku ,sebab dah lapar.




Pastikan kalau buat untuk frozen, goreng separuh masak(warna kuning) . bila sejuk letak dalam plastik.Kalau nak buat jual sertakan ngan gula sekali.




kalau karipap tak payah goreng, boleh frozen terus. Buat frozen senang, contohnya aku bagi pada diri aku sendiri.suami aku keluar kerja pukul 4 pagi. mana ada pukul 4 pagi org jual kuih bukak. jadik aku gorenglah karipap tu,kan senang.

Aku menangguk di air keruh, org kata alang-alang aku buat lebih, juallah sekali. Ingat tip aku tak nak bontot jadik lebar. Korangkan bekerja hari sabtu ngan ahad tu , semua korang frozenkan. jadik senin sampai jumaat tak payah ko susah nak masak. sambal belacan frozen, asam tumis frozen, ini cadangan aku je.Utk kesenangan korang gak.jgn plak goreng sayur korang frozenkan, mahu aku tolak korang dalam gaung.

Tuesday, December 22, 2009

Sembang Mak Long- Nurul jealous ngan perempuan cantik



Buat pengetahuan semua , Tom yang paling kanan. Sofia yang 3 dari kanan.




Si Nurul yang kaki penjelous.



Aku suka jugak ikuti realiti my starz LG. Minggu lepas aku tengok 4 orang peserta perempuan.Lyda, Tom, Sofia, Anis.Dalam 4 orang peserta perempuan , boleh dikatakan semuanya lawa, cuma Tom kuranglah sikit.

Hari minggu , juri jemputannya Nurul Ajai ngan juri tetap Azmeer.4 peserta di kehendaki berduet ngan artis.sofia pilih shila OIAM ;Tom ngan Alya; Anis ngan Riz ;Lyda ngan Black.

Dari pandangan mata aku yang bukanlah pandai, aku rasa malam tu Tom, Lyda ngan sofia nyanyi best sangat. Sofia bawak lagu dangdut.Tom lagu rock, manakalan Lyda pulak balada .

Tengok sofia bergelek memang best.bekas pramugari, badan memang slim habis. semua habis nyanyi tibalah masa juri memberi komen.Bab Azmer komen aku okey lagi profesional.Dia cakap pasal vokal.

Tapi aku tak paham bab Nurul .

Nurul : Sofia awak jangan harap ngan pakej muka lawa awak, boleh menang. suara kurang projection.
Azmer : Sofia , ari ni vokal awak okey. kelainan memang menjadi,
Tiba-tiba SiNurul menyampuk, sepatutnya, dia tak boleh menyampuk , masa azmer beri komen.
Nurul : asal joget dangdut je sedap, terus dia sound kat sofea, nanti bolehlah joget dangdut lagi, boleh pikat hati juri.
Kalau aku kat tempat azmeer aku dah sepak 18 dia tu.kurang ajar sgt.Ari tu peserta law-lawa semua kena bantai teruk ngan Nurul.Si Anis tu katanya meniru suara Dato Siti Nurhaliza.

Aku tak pahamlah kalau perempuan boleh jeolous ngan perempuan lawa. Kalau aku lagi suka tengok perempuan lawa dan seksi. Kalau ari tu sapa tengok, memang nampak sangat dia kaki jeolous..Akhir sekali juri kena pilih bintang pilihan.Si Nurul pilih Tom yang tak berapa nak cantik sangat tu. Aku rasa Azmeer sakit hati ngan Nurul , dengan bangganya dia cakap dia pilih Sofia. SiNurul ni kalau kat luar sombong gila.perasan bestlah dia ni.dahlah berlakon filem, satu filem tajuknya jeng jeng SATE.Album pun suam suam kaki.

Ari ni memang aku jahat gila nak kutuk Nurul, sebab dia kaki jealous.


Monday, December 21, 2009

Sembang Mak Long- Bau kaki atau stokin?



Korang pernah tak cium bau stokin atau kaki busuk? Bau dia lebih busuk dari bau ikan sepat masin. Alkisahnya pagi tadi sewaktu aku menunggu komuter. Masa aku sampai kerusi tempat menunggu penuh, kecuali dua tempat sebelah jejaka tampan berkaca mata hitam pagi-pagi buta.

Aku tengok tempat duduk kiri dan kanan jejaka tampan tu tak de orang duduk.Jadik aku tak de pilihan, aku duduk sebelah jejaka tampan tu. Dia pandang aku senyum, walaupun aku tak nampak anak mata dia, sebab dia berkaca mata hitam besar.Di sebelah dia ada sebuah beg hitam. beg dialah tu.

Aku tengok pakaian dia kemas.berkemeja dan berseluar jeans serta berkasut kulit.Tiba-tiba dia duduk bersilang kaki. Dengan sepantas kilat , hidung aku terhidu satu bau yang harum semerbak , lebih wangi lagi ikan sepat masin.Aku toleh kiri aku terpandang stoking hijau dah tak de getah kepunyaan jejaka tampan tu. korang tahukan stoking tak de getah mcm mana. bila pakai mcm melorot jekan.Sahlah bau harum menusuk ke jantung aku tu bau stoking. Patutlah aku tengok ada orang sanggup berdiri, tak nak duduk sebelah dia.


Aku pun tersengih kat dia.dia buat do no cermin hitam dia warna samr-samar coklat. Aku tak suka nak kecikkan hati orang. Takkan aku nak tutup hidung depan dia. Aku cuba fikir cara terbaik untuk bangun dari situ, dengan cara dia tak terasa hati. Macam pepatah berkata. menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak.Aku buat pegang HP nak sms sambil bangun perlahan-lahan. Tapi tak terus duduk kat tangga , berdiri dulu beberapa saat buat-buat sms, baru duduk kat tangga.

Aku geram betullah sijejaka tampan ni, bukan nak cium stoking dulu sebelum pakai. tak tahu jaga hati orang langsung. Aku dah cium bau stoking kau pun pandai jaga hati ko, tak nak kau terasa.

Friday, December 18, 2009

Kisah silam Aku, ogy ahmad daud ngan azmil mustapha




Ini kisah dulu masa tu aku form 5.Tak tahu zaman tu aku and the geng minat gila ngan ogy ahmad daud ngan azmil mustapha.kebetulan masa tu pelem suara kekasih nak keluar. geng aku 5 dah gedik-gedik telinga dengar.pikiran panjang akal nak melepaskan diri cabut lari dari asrama. geng aku,3 orang tu duduk luar, takpelah.


masa tu rancang nak tengok tu kat ampang park.first timelah aku gi KL.ohhh tak sabar gila, tak pernah gi KL katakan. kita orang pegi kl, sebab ada kawan aku 2 orang tu memang org cheras.

Hari yang kita nak pegi tu dah sampai.tengahari semasa budak balik sekolah, aku pun menyelit caber caber ngan budak sekolah yang lain. jantung aku berdenyut kencang mcm orang kena kejar ngan pembunuh bersiri.malam tu tidur umah kawan kat kelang.tengahari baru berkumpul kat kelang, sama-sama naik bas pergi KL.itulah first time aku menjejakkan kaki kat kl.bangga siut, bandar besar,mcm glamour jap.cite cinta tak kesampaian konon ,feeling habis. sedih ohh cinta tak kesampaian.

itu dulu , sekarang cite ogy aku tak suka. korang jangan salahkan aku kata aku minah jiwang plak, korang cakap mana ada heroin paling tip top zaman tu,habis dah tak de layan je.

Thursday, December 17, 2009

Sembang Mak Long - Jangan salahkan GRO atau Pelacur (part 18 sxxx)


Entry untuk isteri .Kalau anak dara nak tengok pun boleh.Panduan untuk berkahwin.

Untuk isteri jangan salahkan laki korang, kalau laki korang cari GRO atau pelacur. Ini mak long nak cakap, nanti dah kena baru nak menangis kat kaki mak long, nak ngadu bagai. Bila mak long nasihat , tutup telinga, kutuk mak long, kata mak long lucah. Lucah mak long bertempat, untuk kebaikan korang jugak.

Sepatutnya korang muhasabah diri, cari kesilapan diri .Tengok pelacur, layanan satu jam RM100 to RM200 sanggup lelaki bayar untuk mendapat perkhidmatan dorang. Apalah sangat dorang setakat baju tidur jarang , bulu mata palsu bertingkat.korang pun boleh buat .

Victoria kan boleh tolong, you name it , you get it. kan mak long dah keluar cakap omputih.




Bagi yang dah longgar tu, mai kembali dara, masuk sini. Bagilah layanan laki korang tu 5 star sikit. Buang kain batik masam tu. Tukar penampilan, walaupun siang hari pakaian menutup aurat, ikut tuntutan agama.Tapi kalau malam hari cubalah berubah untu suami , bukan berubah jadik harimau. Masaalah sex ni haru s di bawak berbincang jangan nanti.


suami : itulah ko asyik kain batik masam je, macam mana nak selera. tu yang abang cari lain tu
isteri : sampai hati abang ye. dah 10 tahun kita kahwin, abang ada perempuan lain.

nilah tak nak bincang meletup-letup dah ada madu atau simpan perempuan lain. pasal sex , suami isteri tak perlu malu.simpan perempuan atau simpan jantan tak malu pulak.

Kadang -kadang kaum perempuan ni, nak keluar kerja sakan bermake up.kalau kat umah mcm sang kelembai (maaf sang ibu).mak long tak suka nak cakap selindung-selindung. Biarlah laki ko , kata ko buang tabiat ngan penampilan kau,tapi korang mesti maintain. Ini pun satu penghijrahan, demi kebahagian rumah tangga..

Selalunya yang aku tengok jalan penyeselesain dari satu pergaduhan rumahtangga, yang lelaki cari lain, yang perempuan tak habis-habis, meratap, kenapalah laki aku ada perempuan lain. Mulai sekarang laki bini , harus berbincang terutama pasal sex. Yang perempuan jangan sebuk nak beli mas sampai kepangkal lengan. Badan tu jaga dulu. Kasi minyak wangi banyak sikit.kalau rajin pegi spa, sental badan.


Tapi kalau semua korang dah buat, laki ko cari lain jugak. Tak dapatlah eden nak nolongnya. Berusaha sebelum menyerah kalah.

Akhir kata.SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431.

Wednesday, December 16, 2009

Sembang Mak Long-Lambaian Lelaki Lombok (Part IV)



Akulah lelaki lombok yang kacak menjadi idaman anak dara Malaysia.

Bila dah petang cite mesti heavy metal sikit. Biasalah perut dah kenyang baru otak boleh jalan. Aku ni biasalah mak long, bukan nak membebel tak tentu pasal. Aku bebelkan selalunya yang macam tak kena kat mata aku.

Sekarang aku naik meluat atau lebih heavy lagi loya ngan muntah hijau sekali, bila aku tengok TV , bila pihak kerajaan menghabiskan duit nak mengambil anak dara (dulu daralah) okey isteri org yang berkahwin ngan lelaki lombok balik ke Malaysia balik. Aku bukan nak menolak jodoh pertemuan, ajal maut semua ketentuan Allah SWT. Tetapiiii yang aku musykilkan dulu kemain ko gilakan lelaki lombok tu, susah senang ko sanggup. Bila dah kahwin ngan dorang, kena keja kat sawah, kena bantai, melarat, baru nak balik kat malaysia.

Hampehhhh pandai je cakap dorang kena tipu, memanglah sekarang ko cakap ko kena tipu, dah kena hidup susah kat sana. Ni lagi satu badan kebajikan (aku gelarkan) suka sangat nak menghabiskan duit rakyat, nak belanja tiket free ambik dorang balik sini. Biarlah bagi pengajaran kat dorang, kalau dorang nak balik , biar berusaha balik sendiri. Kan dorang sanggup demi cinta lelaki lombok , minum air laut, berhari-hari naik tongkang nak lari dari Malaysia. Tulah kadang aku tengok negara kita ni kebajikan tak bertempat.

Korang saja ye nak bagitahu rakyat ko prihatin.ye kuang kuang kuang. Kan dalam paper selalu cakap musibah kahwin mcm tu, tapi kes tetap menjadi-jadi. Ohhhh korang dah tahu pakej kerajaan kita, sapa lari kat sana , kalau susah ada org sponsor balik ye. jahatnye anak dara org Malaysia ni. Babab bontot baru tahu. Pilih lah
  1. india
  2. melayu
  3. cina
  4. senoi
  5. kadazan
  6. murut ohhh banyak kalau aku nak sebut. pilih je yg mana satu. semuanya sama.

Sembang Mak Long -Tari Tirana VS Cinta Balkis (Part III)




VS


Hari ni aku nak cerita light-light je. Kan hari masih pagi lagi. Kalau dah petang nanti barulah cerita pasal heavy-heavy sikit. Setiap selasa, aku selalu tak pernah miss cerita Tari Tirana. Bagi peminat drama cinta Balkis, jangan marah ye. Aku siang-siang cakap , tengok sinopsis memang aku dah tak minat langsung cite ni.

Aku nak cakap sikit, ini bukan zaman ibu mertuaku, atau kassim selamat. dulu org pandang darjat. Cerita pasal estet. lagilah mana ada tuan kaya. Tuan tu keja makan gaji je. kaji sikit sebelum buat cite.mentang-mentanglah mak-mak kat kampung suka nangis, mula korang nak buat cite nangis satu tempayan .kalau dah terlebih nangis pun, dah jadik tak relevan. sebab tu aku malas nak tengok.

Tari Tirana cite gedik-gedik sikit. barulah hiburan. . Aku perhatikan dulu cite produksi rosyam noor, suka buat cite nangis-nangis ni. Tak habis-habis cite anak derhaka kat bapak ngan mak. modal dia fauziah nawi ngan jalil hamid. tak de ke dalam dunia ni mak atau bapak lupa atau abaikan anak. asyik mak bapak je tak betul.Aku rasa sekarang ni, dia dah insaf tak buat cite mcm tu lagi.

Sekarang nak buat cite kena sama rata.Yang penting orang tak nak sakit kepala pikir. Org dah penat bekerja nakkan hiburan. bukan kena pikir orang kaya tak nak anak dia kahwin ngan orang miskin. Ada ke orang kaya macam tu. Macam tak logik je. Kebanyakan mak bapak sekarang dah banyak yang terbuka.

The moral of the story, kalau korang nak gedik-gedik, tengoklah Tari Tirana Selasa 9.00 malam. Kalau korang menangis satu tempayan, tengoklah cinta Balkis 6.30 petang hari apa aku kurang pasti yang aku tahu semua kat TV 3. Aku tak de Astro. kuang kuang kuang

Tuesday, December 15, 2009

Gambar korang tak kenal
















Monday, December 14, 2009

Sembang Mak Long - Amal jariah (part 11)

Five Cent Hugs

Sorry member dah lama aku tak bersiaran. Aku busy , semenjak hospital jadik rumah no 2 ni susah. Biasalah ayah aku yang diabetes tahap gaban ngan naruto. Biasalah sembang maklong lagi.

Ini bukan sessi mengutuk, tapi mcm benggang je ngan siaran-siaran membantu-bantu org susah ni. cthnya mcm bersamamu, atau yang sesiaran mcm tu. Aku bukan apa mcm pelik je, dlm negara kita yang serba serbi moden ada yang tahap gaban susah gila , sampai buat umah dalam hutan. Sebab aku heran , dulu aku tahap gaban susah, sampai makan nasi ngan garam pun ada, tapi keluarga kita taklah di ajar sampai nak mintak-mintak. Masa tu aku ngan adik beradik sangguplah buat bisness kecil-kecilan. contohnya

1) kacang tanah tu kita orang goreng, buang kulit, lepas tu tumbuk-tumbuk alah kadar tumbuk lagi campur ngan gula pasir sikit. masuk dalam plastik lepas tu jual.
2) buat sagun.

Kadang aku pelik memang aku puji keikhlasan dorang nak membantu, tapi cara tu salah.Kalau dorang betul-betul nak membantu, bagi orang yg susah tu pekerjaan atau modal untuk berniaga.bagi peluang dorang dalam 2 atau 3 bulan. Tengok apa hasil yag dorang dapat. Tolong bukan dengan bagi beraslah, makanan , duit, sampai bila duit tu boleh bertahan.

Lagi satu ini bukan sessi cakap lucah. tapi , aku geram .Part pulak masa tu aku tengok rancangan tu. dialog yang best aku dengar

wartawan : dah lama tinggal kat dalam hutan ni. mcm kehidupan ngan tak de api air. (versi aku sendiri)
orang susah : nak buat cam mana. tulah minta dah masuk rancangan ni adalah orang kat luar tu
(anak 8, dalam perut ada lagi) membantu. terima kasihlah TV @#$ kerana sudi datang kat pondok buruk kami.
wartawan : keja apa selama ni ?
orang susah : keja ambik upah sikit-sikit. ni nak cakap sikitlah , yang sudi nak ambik anak kami jadik anak angkat, bolehlah.

Hairan bin ajaib , dalam umah yang tak berbilik dan tak berapi air pun boleh sempat tambah anak. betul geram je. aku kalau orang tu betul cacat ke, orang tua daif ke bolehlah nak dibantu.Ini aku tengah gagah perkasa, macho man, tapi tak larat nak buat keja.

Ini lagi satu kes, dulu aku pun pemurahlah gak nak bagi kat peminta sedekah kat pasar malam tu, tapi satu hari aku ngan laki aku pegi pasar malam, aku ternampaklah sorang cacat ni, aku pun hulurlah.laki aku cakap, tak payah bagi, mai sini kita menyorok kejap.kebetulan masa tu dah last pasar malam. betul cakap laki aku, ngan gagah terus bangun jumpa geng dia, terus naik teksi balik. Aku pun pegi pasar malam naik motor. Lagi best dia minta sedekah siap naik teksi tu.

The moral of the story, tak salah nak tolong orang, tapi dengan cara yang betul. Kalau aku jadik PM, kalau jadilah peminta sedekah , orang susah ni aku buat kilang khas ke atau keja kat ladang yg kerajaan pantau untuk dorang.biar dorang keja kat sana. Kalau dorang dah boleh survive, nak keja tempat lain, barulah boleh pergi. dorang nak basmi kemiskinan ngan cara robohkan rumah setinggan rupanya atau bagi beras subsidi. nak masak bubur hari-hari ke? kuang kuang kuang LU PIKIRLAH SENDIRI buat kata nabil

Wednesday, December 9, 2009

Mari masak bersama Jakpar On (Part III) versi recycle



Malam tadi aku masak ayam paprik .Ayam paprik dimasak bila ada barang yang aku nak recycle.

contoh :

1) carrot yang dah nak berkulat alah-alah nak busuk.
2) daun lumut purut yang dah kecut dan kanting kat dalam peti ais.
3) kacang panjang yang dah nak kecut.
4) serai yang dah nak kering



Aku dah susun gambar versi terbaliklah plak.

step 2 -masukkan ayam .kacau sampai masak.akhir sekali masukkan kicap pekat ngan cili sos.



step 1-goreng serai , bawang besar bombay, serai, ngan cili api , daun limau purut sampai naik bau.




Kicap soya pekat ngan cili sos, bahan utama.




Bahan tumisan.




Ayam dipotong kecik-kecik. selamat mencuba dan elakkan pembaziran.

Monday, December 7, 2009

Mari masak bersama Jakpar On (Part II)



Ari sabtu aku pergi umah anak aku. Dah janji ngan dia nak masak kat sana. menu pertama aku sup tulang.ikut seleralah.kalu kita tulang rusuk lembu.




Tak payah nak tumis . korang basuh tulang sampai putih berseh.campak dalam periuk , letak sup bunjut untuk tulang. letak garam




Dah masak tabur daun sup.letak serbuk lada hitam sikit.



Sayur salad kecik .aku belah dua sayur tu. lepas tu cuci , tuskan air dia.



Tumis bawang putih ngan ikan bilis sampai garing ngan naik bau.





kacau-kacau, letak garam terus angkat. sayur ni tak boleh goreng terlalu lama.



anak dara ngan anak bujang aku yg terlampau rajin.





Afis yang sedag tumbuk sambal belacan. sigemuk firdaus yg sedang mengacau.



Sambal belacan yang pedas, lepas ni makan ko boleh 10 kali pegi toilet.ko tahulah anak aku ni kalau makan pedas tahap tinggi.





Lepas tu masak sambal ayam. goreng ayam dulu.




Ayam dah goreng. biasalah anak aku suka peha je.




tumis cili yang dah dimesen ngan bawang sampai naik bau ngan minyak. Jgn lupa letak air asam jawa atau cili sos sikit. gula garam semua secukup rasa.



Dah siap. Sebelum angkat campakkan bawang besar.





Ini bukan aku nak masak. Ini bapa aku duduk umah anak aku. kan ari tu aku kata baru balik dari hospital. nampak tak bisul kat tengkuk dia.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina