Friday, January 22, 2010

Hasil tangkapan




Hasil tangkapan 2 minggu lepas.baru nak masak.tapi semalam malas nak masak ketam, sebab frozen sangat.




akhirnya aku masak udang.ini pun hasil tangkapan jugak. laki aku nelayan persisiran pantai je.





nak cepat masak aku rendam dlm airr jap.kalau laki aku nampak mesti dia marah. dia suruh biar , jgn rendam ngan air.





semalam goreng sayur kobis je.





biasalah masak sambal udang.tumis cili yang dah dimesin ngan bawang merah.tumis sampai naik bau.






lepas tu dah garing, masukkan air asam jawa.





lepas tu baru masukkan udang.letakkan garam ngan gula sikit.




last sekali masukkan bawang besar yang dihiris.




korang pernah tahu tak, kuali yang lepas angkat sambal tu gaulkan ngan nasi . sedap.teringat arwah abang ngan adik aku ,berebut rebut, dorang siap tunggu kalau lepas aku angkat sambal.semua pegang pinggan yg ada nasi, dorang suruh aku gaul dalam kuali.




sambal udang aku yang dah siap.nyum nyum nyum.ini kalau anak aku olin nampak mesti meleleh. diakan hantu pedas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina