Friday, February 12, 2010

clearkan stok sayur yg dah nak jadi kuning.



semalam aku cuti , aku intai peti ais, ada sayur taugeh ngan kucai dah macam nak bertukar warna kuning. sebelum bertukar jadik lembik ngan busuk baik aku clearkan. apalagi dalam otak aku nak buat bihun goreng. taugeh, kobis (penganti sawi) ngan kucai(memang sebelum ni tak pernah letak kucai) tapi tak nak membazir, aku gagahkan jugak letak.






cili kering aku blender ngan bawang merah ngan bawang putih sikit, sekali ngan ikan bilis.habis cerita, nanti tumis je.




kicap soya pekat. kalau pakai yang biasa punya, membazir, kena guna banyak kicap.ini pekat pakai sikit je.




tumis bahan blender sampai garing, lepas tu masukkan kobis, kicap .masukkan garam ngan gula. setiap masakan kena ada gula ngan garam yang seimbang.



dah last baru masukkan bihun.dah macam ni baru masukkan taugeh ngan kucai.






okey inilah hasilnya dari sayur-sayur yang dah nak jadik kuning tadi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina