Wednesday, February 10, 2010

nasihat pada isteri yang suaminya curang



gambar ni masa umur 11 tahun




masa dia meninggal umur 30 tahun.

minta maaf gambar agak kabur. ini adalah arwah adik aku yang telah meninggal pada 21 january 2005.Dia dah bersuami dan mempunyai seorang anak perempuan. anak perempuan dia kalau tak silap aku dah berumur 8 tahun sekarang. aku tak pernah jumpa dia sekarang, tak tahu mana suami dia bawak pergi.

Adik aku ni tak delah mempunyai penyakit sangat. Aku terkilan sangat sampai sekarang cara dia meninggal dunia. memang aku redha dia pergi. tapi aku tak puas hati , kerana dia meninggal dunia, sebab seorang lelaki yang bergelar suami.

semasa susah dia sanggup bersama suami dia mengharungi hidup bersama, tapi bila suami dia dah senang mula lupa diri. aku selalu nasihatkan adik aku, kalau dia perempuan lain, biarkan.jangan pedulik sama dia, hidup kena teruskan .tapi adik aku seolah-olah tak boleh menerima laki dia ada perempuan lain.

Hari-hari dia selalu murung, fikirkan pasal suami dia, hingga dia jatuh sakit. tapi okey je aku tengok dia. sehingga satu petang dia datang jumpa aku .dia nak pinjam duit sebab nak pergi hospital. aku ingat cam biasa je. cadang aku esok nak tengok dia kat hospital.tiba-tiba malam tu ayah aku call, cakap dia dah meninggal dunia.aku ingat masa tu malam raya haji.

doktor kata hati dia macam dah rosak.aku frust sangat masa tu.geram ngan suami dia.aku tak de hal pun dia nak cari perempuan lain.lepas seminggu adik aku meninggal dia ada hati nak tanya EPF adik aku.dia tak sedar diri sebelum adik aku meninggal dunia, dia dah bercerai ngan adik aku.

NASIHAT AKU PADA WANITA KAT LUAR SANA:

kalau suami ada perempuan lain, jangan ingat dunia dah berakhir untuk kita. ingat anak lebih penting dari segala-galanya . jangan terlalu bersedih sangat, sebab dia boleh menjejaskan kesihatan kita. adik aku ngan suami ,baru bercerai 5 bulan, kemudian adik aku meniggal dunia. fikirkan diri kita sendiri sebelum fikir pada orang lain.jadikan kisah adik aku ni sebagai satu pengajaran.suami kita boleh carik, anak nak carik kat mana.fikirkanlah.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina