Monday, February 8, 2010

Patah pinggang



Sabtu ngan ahad semalam , pinggang aku ni bagai nak patah. dari pukul 5 pagi aku dah bangun buat kuih. nasib baik karipap aku dah siapkan petang sabtu tu , tinggal nak goreng subuh ahad tu. ini semua untuk rumah pengantin tu.





gebu tak donut aku, cam badan aku kan.




karipap inti udang kering je.




aku tak pandai bab menghias ni, terutama buat makan adap untuk pengantin. dulu aku selalu tengok je, dorang cucuk udanglah, ayam percik. aku memang keras tangan sikit.tapi kali ni org jaga anak aku tu minta tolong, aku buatlah.Dengan satu syarat,aku buat ni semua kat rumah aku.masa time aku buat kerja aku tak suka orang tolong. semua ni aku masak sendiri. aku tak pandai sangat, tapi aku tak suka kalau aku buat keja orang kacau, itu je.





ayam ni aku goreng, simbah ngan mayonis campur salad je.aku buat ikut apa yang dia bagi barang je.



Ini salad buah.




sosej ngan nugget.ini aku tibai je buat. memang betul-betul cakaplah, first time aku buat cam ni. tapi, lain kali kali org suruh , sumpahlah aku memang tak nak buat lagi. aku rasa buat hias-hias cam ni bukan jiwa akulah.kalau masak okeylah.bab hias-hias ni, mak minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki.mcm terlebih feminim plak mak ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina