Wednesday, February 3, 2010

Tips utk anak lebih suka makan sayur



Firdaus dah tahap meroyan tunggu aku masak nasi ayam, peberet dia. Dah tak sabar tunggu, aku masak petang semalam.




okey masa untuk makan. Firdaus suka makan daun salad ni. dia boleh makan macam tu je. okey tipnya ajar baby kita makan bubur nasi yang diblend bersama sayur selama dia belum tumbuh gigi. contoh sayur bayam , atau carrot. sebab aku dah buat pada semua anak aku, tips tu berjaya. semua anak aku sampai sekarang suka makan sayur. untuk ibu yang tengah tunggu nak melahirkan baby, jangan lupa tips aku ni.jangan salahkan anak kalau dah besar mereka tak nak makan sayur.kita mak yang kena ajar dia.



Firdaus makan ngan lahapnya.cuma kelemahan firdaus dia tak boleh makan pedas.








ni sayur campur isi ayam sikit ngan masuk mulut.




petang semalam aku buat nasi ayam. aku tumis bawang besar , nagan halia ngan sup bunjut dalam rice cooker dulu.





masukkan ayam sekejap je, nak dapatkan flavour ayam pada nasi tu.




beras korang basuh dan tuskan.




gaulkan beras dalam rice cooker yang dah dikeluarkan ayam .ayam dia dimasukkan dalam sup tadi.












tapis masukkan sup dalam beras tadi.kemudian masak seperti biasa.




sayur salad, ngan sos ngan kicap cair. resepi lebih terperinci kat sini.




perap ayam lebih kurang 20 minit atau 30 minit.



ayam boleh digoreng atau dibakar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina