Sunday, March 7, 2010

buat cucuk bilis sebab jiwa kacau



sorrylah spek salah parking, jiwa kacau sangat pasal shidee la ni.


Aku jiwa kacau 2 hari ni sebab tu aku layan buat cuck u ikan bilis ni. korang tahu aku jiwa kacau sebab apa?. tengok galaksi ngan melodi betul-betul buat jiwa kacau.korang tengok drama queen kat melodi. aku tak paham betul gila glamer ni. first time aku tengok mcm ni paten bermaafan depan kamera. bukan dorang yang jiwa kacau, aku turut kacau sekali.

mula-mula kononya shidee ngan bini dia pegi flat tengok mak mertua. ketuk umah , katanya mak mertua takde.nampak macam naik kereta larikan diri.lepas tu tup tup dah naik atas pulak .bersalam-salam .tapi dah maafkan.tapi tak boleh cara cam tu kat depan kamera.mak mertua shideelah cakap. Aku rasa lepas ni adalah produksi mana nak ambik dorang ni berlakon drama. dapat jadi pak pacak pun jadiklah.mailah layan cucuk ikan bilis aku lagi baik.





tumbuk bawang besar ngan ikan bilis.




tepung gandum gaul ngan garam dan baking powder sikit.campur sayur kobis cina sikit.bancuh ngan air suam .letak telur sebiji ngan ikan bilis dan bawang besar yang dah ditumbuk.jangan bancuh ngan air sejuk, nanti cucuk jadik keras.




rehatkan bancuhan tu dalam 20 minit, baru goreng.




cucuk dah siap boleh dimakan ngan cili sos buatan sendiri.



mesin cili kering buang biji blender ngan bawang putih 3 biji bukan 3 labu tau.masak cili mesin tadi tu campur cuka, garam ngan gula. makan cucuk panas-panas cicah ngan cili sos.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina