Tuesday, March 30, 2010

Kisah hari minggu




Setiap hari di taman tempat aku selalu ada satu pakcik datang menjual barang basah seperti ikan ngan sayur. Pakcik jual barang mengunakan motor roda tiga. Selalunya pakcik tu datang pukul 11 pagi. memang aku tak suka pun nak beli ikan kalau lambat sangat,tapi dah tak de insiatif lain, terpaksalah beli.kalau hari minggu akak suka masak awal-awal sikit, lepas tu duk melepak tengok melodi.

Hari sabtu ngan minggu je aku beli kat pakcik tu, memandangkan ari tu time aku cuti.Dijadikan cerita ari minggu tu, aku pergilah kat tempat pakcik tu, dia parking kat rumah juiran aku je.okey masa tu ada 2 orang jiran yang lain. aku ngan jiran tu berbual-bual ngan pakcik tu, hal semasa.

Tiba-tiba datang satu motor berhenti kat tempat kita org tengah berbual-bual tadi.Turun seorang lelaki india berbadan besar gak. Hati aku macam tak sedap je, jarang india yang bermotor nak beli ikan kat pakcik tu, baik dia beli kat pasar.India tu cakap dia nak beli ikan bawal hitam yang besar tu dalam 3 ekor. dia tak pilih dan tak tengok pun ikan tu.Dia suruh pakcik tu je ambik.Setelah bagi RM50 seperti gambar diatas, pakcik tu pulangkan balance duit dia RM30.jadik ikan tu berharga RM20.

India tu pun beredar.kita orang sambung berbual lagi, sambil belek -belek sayur ngan ikan. Dalam masa 10 minit, India tu datang balik.Tapi kehadiran dia macam kita ambik endah je.Biarlah pakcik tu yang handle. Tapi dari perbualan yang aku dengar antara India tu ngan pakcik tu cam ni :


India : saya bukan nak bawal hitam, saya nak bawal putih, sambil keluarkan balance RM20 tu nak pulangkan kat pakcik tu. Dengan harapan pakcik tu pulankan balik duit RM50 dia.
(dalam hati aku cakap, "tadi dia yang minta bawal hitam)jiran aku 2 org tu berpandangan ngan aku.

Pakcik tu pulangkan RM50 dia sambil ambik ikan tu balik. pakcik tu tak marah pun.
(tapi sorrylah aku sebuk berbual sampai aku tak nampak pakcik tu pulangkan RM50 kat india tu.

India : Tiba-tiba, Pakcik apasal u bagi saya RM1 (gambar macam kat atas).

Pakcik : saya dah bagi RM50 tadilah, sambil menyelongkar posh bag dia.memang aku tengok tak de pun note RM50.

India : u bagi RM1 pun u tak tahu kah(nada keras)

Aku tak boleh jadik saksi sebab aku tak nampak
akhirnya aku cakap ngan pakcik tu, bagi jelah duit dia.pakcik tu bagi RM50 dengan muka sedeh.India tu pun belah.Sebenarnya India tu dah rancang semua tu.mesti dia tinjau dari jauh, lagipun dia tengok kita semua tengah leka.akukan inspector gadget dah agak dah.Lagi satu RM50 ngan RM1 nampak sama.contoh cam kawan mak aku, dia pernah terbagi RM50 duit raya kat budak kecik , dia ingatkan RM1. Sebab tu Kita kena asingkan RM50 ngan RM1 kedudukannya dalam purse kita.

Aku nasihatkan pakcik tu.aku cakap jadikkan satu pengajaran pada dia. kenapa aku cakap cam tu??

The moral of the story

1) kalau kita perniaga, kita nak bagi orang duit kat orang ,kita kena pandang muka dia, dan sebut dan buka duit kertas yang kita bagi

2) Kalau kita costomer pulak kena sebut berapa kita bagi dan kena bukakan duit kertas tu.


Jadik orang tak boleh claim kita dah bagi, dia cakap belum.Dunia sekarang semua orang nak cepat kaya.Maksudnya India tu untung RM50 senang-senang je.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina