Monday, March 29, 2010

Masak lomak ngam ngan sambal belacan



cam mana anak wa rock tak ?rock bebeh .dapatlah makan masak lemak pucuk manis ngan keledek.




belacan bakar ngan tomato



cili api ngan cili masak





tumbuk cili api sampai lumat dulu.


jangan bunuh aku ye. ni aku nak tunjuk step by step cara tumbuk sambal belacan. ada petua tau, walaupun tumbuk sambal belacan.keenakkan sambal belacan yang ditumbuk mengunakan lesung batu adalah "berbeza".

1) lesung batu
2) bawah lesung batu tu kasi lapik kain tebal.mengelakkan bunyi yang tak diingini.




lepas tu baru masukkan cili masak yang dipatah-patah. dah lumat baru letak belacan yang dah dibakar atau digoreng. aku tak suka letak belacan banyak.ikut selera masing-masing.






dah lumat baru letak tomato atau mangga , ikut selera masing-masing. nak sedap perahkan asam limau atau asam jawa.



letakkan gula atau perasa sikit. ikut selera masing-masing.





sambal belacan yang dah siap .




sayur pucuk manis








hiriskankan bawang, cili masak ngan udang kering dalam santan kelapa. masukkan keledek sekali.tembok atau kacau kuah sampai mendidih.




dah mendidih baru letakkan sayur pucuk manis.




kuah sayur pucuk manis bersama keledek yang dah siap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina