Thursday, March 11, 2010

Pilih bulu



Pilih bulu atau diskriminasi(bahasa halus) aku lihat ada kat mana-mana sekarang ni.Baik kat tempat kerja atau pun di tempat awam.Aku tak tahu kenapa masih ada manusia yang masih memandang status darjat dan rupa dalam dunia ni. Mereka kat luar tu tak tahu ke?Semua mereka termasuk aku akan mati dan akan dikapankan dengan sehelai kain putih tanpa jahitan. kemudian akan ditimbus dalam tanah. semua sama tak kira apa darjat ko. Aku punya peten lain sikit. aku boleh berkawan dan bercakap ngan semua orang tak kira status atau pangkat. aku tak pedulik samada kau dato ke menteri, gua tak minta makan ngan kau. Dalam dunia ni aku hormat ngan keluarga aku. kalau kawan pulak, yang menghormati aku sebagai seorang kawan.jujur dalam persahabatan.Tak kira waktu susah atau senang.

Tak payah cerita panjang-panjang. cerita dia senang je. pagi tadi kat satu tempat di pulau indah. Sebelum sampai di tempat kerja, aku singgah jap nak beli sarapan. Perut ni lapar sangat, malam tadi tak de selera nak makan.Aku ngan fad singgah satu kedai yang customer ramai sebab sedap sangatlah katakan.

Aku pun beraturlah bagai nak rak.orang ramai, tak menang tangan makcik ngan pakcik tu.Tengah aku dok syok beratur, aku mcm terdengar satu suara yang aku macam kenal.aku toleh belakang, rupanya jamali shadat.Bukan aku hairan pun.Tapi yang aku banggang benggang tu, aku punya beratur lama, makcik nasi lemak tu tanya aku nak beli apa pun tak de.tiba-tiba dia tanya "Dato Jamali nak beli apa".Dia pulak dapat dulu dari aku. ecah pun menjadi saksi pada peristiwa hitam lagi pahit tu. Kedai nasi lemak pun kira pangkat gak. Mai sama nyanyi lagu bunkface.


Situasi -Bunkface

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku







Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina