Tuesday, March 30, 2010

Recycle keledek

Hari tu ada baki keledek tinggal sikit.malam tadi pukul 9 malam aku buat projek pau inti keledek.first time aku buat inti cam ni untuk kuih pau. saja je nak layan. selalu kalau inti ni aku buat karipap.tapi jemulah makan karipap.buat pau cepat sikit.


1) potong keledek bentuk dadu, cuci dan tuskan.
2) hiris bawang merah kecik.
3) tumis daun kari ngan bawang merah kecik, dah naik bau masukkan keledek tadi.jangan lupa perlahankan api.lepas tu masukkan rempah kari dan kacau.kalau kering tambahkan air.



bila dah empuk letakkan gula ngan garam.




memandangkan keledek sikit, aku campurkan ngan tepung jagung.jadik nampak banyak sikit jadik inti dia.





inti pau dah siap.




tepung gandum campur garam ngan shortening

Cara buat doh pau

1) tepung gandum
2) shortening
3) garam
4)gula bancuh ngan air
5) yeast 1/2 bancuh ngan air.



tepung gandum campur ngan bancuhan yeast tadi. letak bancuhan gula sekali.




uli doh .campur air sedikit demi sedikit.doh jangan terlalu keras. kalau nak doh yang lembut, uli lama sedikit.rehatkan doh selama 30 minit




letakkan inti tadi










nak bulatkan doh pun ada teknik, supaya bila kita kukus permukaan dia cantik dan licin.cara bulatkan doh seperti di atas.





rehatkan lagi selama 30 minit





pau yang dah siap dikukus
















Apalagi model makan pau dengan serius, sebab masih panas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina