Thursday, March 4, 2010

Species UFO



korang beli telur pernah jumpa tak bulu ayam melekat kat telur. Ini sah taukeh ladang telur ayam tak kasi berseh dulu . Sebab tu aku suka pakai telur sri murni. yes yes promote company punya.

Lagi satu korang pernah jumpa tak orang specias UFO? Maksudnya pinjam barang orang tak tahu nak pulang.Aku tak nak cakap barang apa nanti orang tu baca blog aku terkecik hati pulak. Tak pelah biar aku pendam sebuah duka cam lagu khatijah ibrahim.

Laki aku selalu sound, aku selalu kesian ngan orang tak bertempat. pantang orang ngadu susah mula aku tangkap feeling. macam mana aku tak kesian aku pun pernah susah.Laki aku cakap, kalau dia susah kenapa rumah dia lagi uptodate dari kita.aku diam je.

Species dia ni kalau pinjam barang tak tahu nak pulang balik. Dia tunggu kita plak tanya.Aku pulak jenis segan nak tanya. Contohnya , orang hutang kat kita, kita pulak segan nak minta, macam kita plak berhutang ngan dia.Kadang-kadang laki aku bengang je kalau aku cerita pasal org yang mengadu kesusahan ngan aku.laki aku kata , percaya lebih sikit.Balik pada kisah tadi.

Dia kata susah, tapi kalau buat majlis grand je. Tapi pinjam meminjam.Yang aku tak tahan tu, aku cuba minta barang yang dia pinjam, dia boleh tanya kat aku, akak nak pakai ke. terkedu jap
Aku memang tak pahamlah species dia ni, susah tapi berlagak kaya. cam aku , keluarga aku ajar, kalau susah buat cara susah.contoh, kalau aku takde barang kemaslah, takkan kalau nak pergi kenduri kendara nak pinjam orang kot. Aku biar tak de , janji jangan pinjam orang punya, waima ngan kawan rapat sekali pun. kalau terdesak sangat , pinjam duit tapi bayar ikut masa.

Aku memang tak pahamlah species biar papa asal bergaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina