Saturday, March 20, 2010

Yang simple simple



Dah lama tak masak tempe goreng.hari sabtu masak yang simple-simple.




tumis cili mesin sampai garing.lepas tu masuk air asam jawa, garam ngan gula.lepas tu tutup api, baru masukkan ikan bilis ngan tempe.



tempe ngan ikan bilis yang dah digoreng.




goreng tempe yang dipotong nipis sampai garing.





Dah lama tak masak kankung ngan keledek masak lemak.



gambar dah berterabur. kuah dah mendidih betul baru masukkan sayur kankung.





kalau masak lemak kuah mesti ditembok atau kacau selalu . kalau tidak nanti kuah dia pecah minyak.bila kuah dah mendidih , tak payah kacau lagi.




basuh sayur kankung bersih-bersih dan tuskan.





masukkan santan dan bahan tumbuk tadi bersama ngan keledek sekali. kacau kuah sampai mendidih.



bahan tumbuk kunyit hidup, bawang merah kecik ngan ikan bilis.cubalah, sesekali makan masak lemak kankung sedap gak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina