Friday, April 30, 2010

Blog aku famous ke ?

Aku sebenarnya tak suka sangat nak buat cerita bodoh ni, tapi oleh kerana aku cam tak puas hati sikit pada satu komen tu.resepi yang aku paparkan hanya untuk aku suka-suka je dan syok sendiri.kalau korang suka nak ambik, ambiklah.kalau macam hati rasa tak syok je, tak payah ambik.Aku jugak cam tu.Kalau senang aku baca semua blog..Tak kiralah blog tu skema, profesional, clubbing, diva semua aku layan. bagi aku dalam dunia mana ada manusia jahat .semua manusia yang Allah SWT jadikan dimuka bumi ini , semua dilahirkan dengan penuh kebaikan.

Dalam dunia blogging ni macam manusia yang aku jumpa. aku ni bukanlah tuhan , tapi aku boleh cam je jenis-jenis manusia hipokrit.tak payahlah aku nak cakap kat sini.Aku pun dah delete komen orang tu.aku tak suka nak aibkan orang. Hello saudara tak payahlah nak jeles ngan blog aku ni, tak famous pun.Ko dengkikan, pergilah blog yang banyak pegunjung tu.

aku chef? tak rocklah ko ni.atau kg.com. kalau chef tak delah bodoh nak bagi resepi free kat orang. yang keluar dari mulut dorang tu semua berbayar tau.bukan free nak ajar orang.Tapi benda tu tak mematahkan semangat aku nak bagi resepi banyakkk lagi.

esok korang tunggu aku nak bagi resepi dessert baik punya kat pembaca-baca setia aku.Apalah manusia jenis cam ni memang banyak ye.tak boleh tengok orang jadik glamer sikit ye.khe khe
Aku tak kisah pun orang nak cakap, tapi aku saja bagi orang tu berasap berkepul jap.mana tahu lepas ni dia jadik jin.khe khe

Akhir kata aku maafkan ko sebab kutuk aku, aku harap satu hari ko akan jadikan aku idola.cam mana.khe khe.Selamat hari pekerja.aku cuti masak ari ni sebab nak sambut Labour day.wa cau dulu.

Thursday, April 29, 2010

Minggu menjaga kesihatan

menu malam tadi.



1) lotus boleh didapati di pasar basah.

Hari ni tajuk minggu menjaga kesihatan.resepi yang aku paparkan mestilah terbaik untuk kesihatan.serius tak de kwang kwang. resepi hari baik untuk kecerdasan otak kanak-kanak.ini jugak adalah soup peberet anak-anak aku masa kecik.



Dikupas kulit , dan dipotong nipis cam ni



2) kacang tanah , sikit ni dah memadai.




3) Ayam.kalau dapat banyak tulang ayam lagi sedap




cara-caranya

masukkan hirisan lotus bersama air ngan kacang tanah.Renih sampai masak




Last sekali baru masukkan ayam ngan sedikit garam.




Renih dengan mengunakan api perlahan.kalau nak pakai slow cooker pun boleh, aku tak de slow cooker, duit belum cukup nak beli.kwang kwang.Lebih baik kalau renih dalam 2 atau 3 jam.




soup dah masak.montel dah tak sabar.




Ini elok untuk orang yang ada diabetis.Kalau ayah aku mesin peria bersama epal hijau, lepas tu minum jus dia.




Belah peria dan potong nipis-nipis.




1)bawang merah ngan bawang putih tumbuk bersama kunyit hidup
2) ikan bilis tumbuk
3) cili api tumbuk



Tumis semua bahan tumbuk sampai naik bau.




Dah naik bau , masukkan peria.masak sampai peria lembut.masukkan sikit air asam jawa cair.bubuh sikit garam ngan gula.




Peria goreng baik untuk kesihatan.

Cam biasa mesti tengok montel menghadap soup peberet dia.kwang kwang kwang










Wednesday, April 28, 2010

Road Trip with My Broadband

Sekarang ni aku bangga dengan teknologi-teknologi terkini yang dicipta untuk memudahkan kita semua melayari internet . Semua tahu tanpa internet sepilah dunia.Dulu-dulu kalau melayari internet kita mengunakan broadband TM dial up.Paling susah, kalau nak berjalan-jalan , masa tu tak de broadband yang boleh dibawa kemana-mana. Kalau korang tahu sekarang ni dah bermacam-macam broadband yang ada dipasaran.Tinggal pilih je.Tapi ingat... jangan tersalah pilih nanti memakan diri sendiri.

Tapi, aku syorkan , kalau korang nak guna broadband, gunalah wiggy PI wimax ni.... dia ringan dan bersaiz poket, memudahkan nak di bawa kemana-mana.Marilah kawan-kawan semua tukar ke wiggy PI wimax ni.Ada banyak pakej yang telah disediakan untuk korang.pilih je yang mana berkenan dihati .Aku teruja, sebab anak aku pun dah bertukar ke wiggy PI wimax. Dia suka travel jauh, jadi tu yang dia tukar broadband.Kalau korang tak percaya lagi korang boleh pergi kat sini. Lepas ni mesti korang tak toleh kiri kanan, terus potong yang lain dan terus pilih wiggy PI wimax.



Aku rasa korang dah paham sesangat dengat penerangan aku yang tak berapa panjang lebar tentang wiggy PI wimax yang comel dan ringan, apa kat kita layan video Project Alpha S2 bestttt ......

Ep 8/49 - Project Alpha S2




Ep 9/49 - Project Alpha S2





Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Love World Love Sloggi



Sayangi sloggi

Aku insan yang sukakan kehijauan dan kedamaian seperti nama blog aku Hijau itu indah dan Permai. Alam sekitar yang berseh dan keamanan dunia adalah satu benda yang semua orang suka dalam dunia ini, termasuklah aku, sebab itulah aku menyokong penuh Sloggi.Sayangi Sloggi dan sayangi dunia sekali



Sayangi Dunia





Aku juga berharap semua orang mengunakan recyclel bag, ia dapat mengurangkan pengunaan beg plastik.




Aku juga memilih tinggal dikawasan yang mempunyai persekitaran yang dikelilingi oleh pemandangan yang hijau belaka, sebab aku cintakan alam semulajadi.



Aku, Firdaus dan jagdesh (anak saudara)



Adik ipar(Sathiwani), Firdaus (Anak), Naganjothi(anak saudara)



Kakak ipar(Alan)

Aku cintakan keluarga , sanak saudara dan Ahli keluarga aku yangberbilang bangsa dan agama.Aku hormat agama dan pendirian mereka.Aku gembira hidup dalam keluarga berbilang bangsa dan agama.




Aku jugak tertarik dengan kehidupan orang asli di Malaysia. Gambar ini adalah gambar yang aku ambil masa aku melawat ke ladang jambu mereka di Tanjung Sepat.




Aku juga berpeluang melihat hasil kraftangan mereka.




Hasil tanaman mereka, pokok buah jambu menunggu masa untuk dipetik.




Anak lelaki aku happy dapat berjalan-jalan dibawah pokok jambu.



Aku juga mencintai sungai.Setiap waktu senggang ,aku tidak melepaskan peluang bersama-sama anak, mandi manda di sungai-sungai yang berdekatan.Disini aku titipkan pesanan, peliharalah sungai, jangan cemari, dengan membuang sampah sarap didalam sungai. Gunakan tong sampah yang disediakan.





Aku melarang keras sesiapa yang membuang sampah di tepi jalan raya.



Longkang bukan tempat membuang sampah.Siapa yang berkenaan harap pantau perbuatan macam ni.






Buat pengetahuan korang hanya produk Sloggi sahaja, yang mengunakan recycle material.Ini bermakna kalau korang suka produk Sloggi, korang jugak mesti mencintai dunia dan alam semula jadi.


Jadi, Cintailah Produk Sloggi seperti kita mencintai dunia dan Alam Semula jadi.




Simply simply siti



first sekali potong kangkung , basuh dan tuskan.




bawang putih hiris, ikan jeruk (apa-apa pun boleh) ngan air tepung jagung)

malam tadi punya menu simply simply siti je.masak kangkung goreng ikan masin ngan telur bungkus versi sendiri.memandangkan kangkung tu mendapat tajaan dari pengasuh firdaus yang melambak,aku kena goreng sebelum dia menjadi layu.




first sekali mestilah goreng bawang putih ngan ikan masin sampai garing.lepastu baru masukkan sayur.jgn letak garam banyak sangat, sebab dah letak ikan masin.semasa masukkan sayur , api kena besarkan.kemudian masukkan air tepung jagung.kacau sedikit kemudian boleh diangkat.




kangkung goreng ikan masin dah siap.



buat telur dadar dan letak dalam pinggang





paste tomyam ngan sos cili.




bunga kantan dihiris (itu pun tajaan gak), cili merah ngan bawang besar dihiris




isi ayam dipotong kecik-kecik, kemudian dilumur ngan kicap cair dan tepung jagung. tujuan dilumur ngan tepung bagi mengelakkan isi ayam menjadi keras bila dimasak nanti.



tumis bahan hirisan sampai naik bau.




lepas tu masukkan ayam.kacau-kacau sampai masak , baru masukkan kedua-dua paste tadi.akhir sekali masukkan garam ngan gula.sebelum angkat masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.



letak isi ayam yg dimasak ditengah telur dadar, kemudian bungkuskan.



Firdaus punya habuan.




cam biasa montel menikmati hidangan.



lepas menikmati hidangan mendengar lagu sambil tengok hotel mania.kwang kwang

Tuesday, April 27, 2010

Dah lama tak masak nasi claypot



1) korang rendam cendawan shitake dulu.

Rasanya dah 2 atau 3 tahun tak masak nasi claypot ni.tanya kawan cina sikit, resepi dia balik.itu yang gigih masak malam tadi.




2) perap ayam ngan jus halia ngan jus bawang merah kecil.lepas tu letak sos tiram.perap selama lebih kurang 30 minit.



bawang merah ngan halia untuk perah jus.




ni hasilnya .sila tumbuk untuk dapat kan jus. jgn tambah air masa menumbuk.




ikan masin jeruk dipotong kecil-kecil kemudian digoreng.(daripada ikan tengiri jeruk)




basuh beras dan tuskan dulu.




cendawan shitake potong ikut suka, digoreng bersama hirisan halia ngan bawang merah kecil.goreng sampai naik bau.




masukkan beras yang ditus tadi.gaulkan sama rata sekejap.




okey , masukkan semua yang diatas kedalam rice cooker.kemudia masukkan ayam yang diperap bersama ikan masin tadi. masakan ini lagi sedap kalau dimasak dalam claypot(periuk tanah) memandangkan periuk tanah aku dah pecah, aku masak dalam rice cooker.khe khe.



masukkan air mcm biasa kalau kita nak memasak nasi.masukkan kicap pekat ikut suka.garam jangan lupa.



nasi claypot aku dah siap.




seperti biasa model mantopp aku tengah menunjukkan aksi aksi kelaparan.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina