Thursday, April 15, 2010

Ayam upik abu dan laura


1) Ketumbar, jintan manis ngan jintan putih dikisar

cam mana ngan nama resepi ni okey tak?. malas nak guna nama siti lagi.ini menu malam tadik. 2 masakan ni sesuai untuk orang dalam pantang gak.masakan ni tak mengunakan cili dan santan. semuanya guna rempah kering.



2)bunga lawang, buah pelaga ngan kayu manis





3) lengkuas, halia, serai, kunyit hidup, bawang merah dan putih ngan buah keras dimesin halus.





tumiskan bahan 2 sampai naik bau.



tumiskan bahan 1 yang dah dimesin kering.




Setelah naik bau, masukkan bahan 3 yang dimesin halus.




Bahan tumisan dah naik bau atau pecah minyak, baru masukkan ayam.ayam dah separuh masak , baru masukkan air asam jawa.Jangan lupa masukkan daun kunyit yang dah disiat-siat .



okey ini dia ayam upik abu dan laura.kwang kwang kwang




1)bawang besar ngan bawang putih dihiris. tomato dibelah kecik-kecik.

ini aku nak masak indian sup atau rasam.




2)daun kari, serbuk lada hitam, jintan manis, jintan putih ngan cili kering




tumis bahan 1 & 2 sampai naik bau.




Masukkan air asam jawa. lagi masam lagi sedap.





masukkan garam.




Biar dia mendidih lama , supaya bau rempah kering dia sebati.Rasam ni sedap di makan sewaktu panas-panas.cuba jgn tak cuba . wa cau dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina