Wednesday, April 7, 2010

Berlagak Bos



aksi stunt ni jangan tiru.ni kalau aku dah terlambat je, aksi ni berlaku.

Kisah pagi tadi , laki aku hantar aku kat flat yang sama.selalu aku tunggu si Fad kat flat ni.Dia tinggalkan anak dia kat mak mertua dia. Selalu laki aku kalau bawak motor pecut gila cam dalam gambar tu.kwang kwang. Tapi tengok tempatlah.kalau kawasan perumahan mestilah menunggang ngan berhemah.Kalau kat litar sepang memang aku ngan laki aku aksi ngeri.

Pagi tadi lebih kurang pukul 7.30 pagi, aku ngan laki aku lalu di sebelah kereta kancil yang tengah parking kat tepi flat tu. diseberang flat ada tabika kemas ngan gerai jual nasi lemak.tiba-tiba laki aku emergency brek.nasib baik motor cabuk aku tak tercampak. Aku terkejut beruk, laki aku pulat pucat lesi.korang tahu kenapa?ada satu budak pakai baju sekolah tabika kemas, tiba-tiba melintas datang dari belakang kereta kancil tadi.

Apalagi aku pandang laki, laki aku pandang aku. seranggggggg.korang jangan salah paham bukan road bully.tapi nak kasi kuliah subuh jap.Apalagi aku terus pergi kat kereta kancil tengah parking tu.

korang tahu , dia tengah buat apa? duk senang lenang pegang stereng pandang depan cam bos.laki aku ceramah dia dulu.

laki aku : suruh dia buka cermin, "ko nampak tak , anak kau nak lintas. buatnya aku terlanggar anak ko cam mana. ko duduk cam bos kat dalam tu kenapa?

Aku pulak : tak patut ko buat cam ni. kalau aku langgar anak ko, satu flat hentam aku ngan laki aku, sapa nak jawab. aku pernah trauma dulu. cuma tak masuk hospital untuk kaunseling je. sebab aku kaunseling diri aku sendiri. satu hari aku ikut kawan aku naik kereta keluar makan. dia bawak kereta slow je, tiba -tiba aku terasa kereta cam ternaik je. rupa-rupanya ada satu budak dah jatuh kat belakang kereta , kawan aku tu langgar buku lali dia. Sebabnya masa budak tu keluar dari teksi bapa dia tak pegang dia. budak tu lari , kawan aku dah terlanggar. peristiwa tu berlaku ngan pantas.

Bos dalam kereta : sorrylah, anak saya berlari tadi sambil tersengih.
samdol dalam hati aku.aku bukan marah anak ko.aku marah ko samdollll.
lepas tu laki dia datang dia boleh pulak marah laki dia sebab tak jaga anak. Doniya doniya. Sedangkan aku tengok laki dia beli nasi lemak tadi. Dia ngan anak dia ada dalam kereta. drama queen betul.

Tapi aku puas dah kuliah subuh kat dia.

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT DARI MAK LONG



ANAK KECIL KENA PANTAUAN ORANG YANG LEBIH TUA KETIKA HENDAK MELINTAS JALAN RAYA.HENTIKAN BERLAGAK JADIK BOS BILA ANAK KECIL SEDANG MELINTAS JALAN RAYA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina