Monday, April 26, 2010

cheese cake air tangan sendiri



cream cheese 250grams(biarkan dalam suhu bilik dulu) ngan whipping cream 400ml(dipukul sampai kembang).teknik kalau nak cepat kembang, simpan mangkuk dalam peti sejuk dulu, kemudian baru masukkan whipping cream dalam mangkuk tu, baru dipukul hingga kembang.

petang semalam buat projek cheese cake bakar.Aku tak berapa suka chilled cheese cake.cepat muak.lagi pun ongkosnye tinggi dong nak buat .kena pakai cheese 2 x ganda.kebanyakan kedai cake, dorang jual chilled punya, sebab tu kebanyakan tak boleh simpan dalam suhu bilik, cepat lembik.chilled senang buat, bila dah adun, letak dalam loyang boleh terus simpan dalam peti ais, tak perlu bakar.




putih telur 8 ngan kuning telur 8 biji.




4 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
ayak kedua-dua tepung, jangan salah paham buat cheese cake, tak guna tepung banyak.




aku suka guna biskut oreo untuk dasar cake.kalau nak guna kek span pun boleh gak.potong nipis cake span , kemudian letak kat dasar cake.




cairkan sedikit butter untuk digaulkan dengan serbuk biskut.




pecah-pecahkan biskut oreo.tangan montel tu jangan pandang tau.




tuangkan butter yang cair tadi diatas pecahan biskut.kemudian ramaskan sampai hancur.





kalau boleh guna spring foam, senang nak bukak.padatkan serbuk biskut pada dasar spring foam.




maringue

putih telur dipukul ngan gula castor(100 grams).(teknik jangan guna mangkuk plastik .bubuh gula castor sedikit demi sedikit sambil memukul putih telur)




pukul cream chese ngan gula castor (150grams) sampai kembang.kemudian masukkan kuning telur sebiji demi sebijik.dah sebati masukkan whipping cream yang dah dipukul.last sekali baru masukkan meringue sedekit demi sedikit.




pukul sampai sebati lagi.




Bakar 120 darjah selama 2 jam atau 1 jam 30 minit . cara bakar water bath.




biar sejuk baru keluarkan dari loyang.




cheese cake bakar, boleh disimpan kat luar.dia tak mudah cair, kecuali chilled cheese cake , dia kena simpan dalam fridge.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina