Wednesday, April 21, 2010

Chinese style(pilihan suami)



bahan utama, tambahan satu lagi kicap cair.

malam tadi aku kena masak mengikut resepi pilihan laki aku. laki tak berapa nak makan pedas sangat. kalau aku ,tak de pedas, tak sempurna hidup.khe khe .Tanpa cili ciapalah aku.malam tadi aku stim ayam.


1) 3 sudu sos tiram
2) 3 sudu kicap pekat
3) 5 - 6 titik minyak bijan
4) 5 sudu sos stim
5) 2 sudu kicap cair(jangan letak banyak, nanti terlalu masin, sebab dah letak sos stim)



ayam potong kecik-kecik.bawang putih di hiris, halia dipotong bulat bulat.bawang merah dipecahkan(jangan hiris).Sebab bawang merah banyak atau dihiris akan menyebabkan kuah stim jadi pahit.bahan-bahan tu jgn letak terlalu banyak, nati kuah stim jadik pahit.ikut anggaran ayam.





air jangan menutupi ayam, sebab bila dah stim, kuah dia outomatik keluar.Jangan lupa letak black pepper sedikit.



Seelok-eloknya, perap ayam tu selama 15 minit, baru stimkan. Sebelum stimkan ayam, panaskan air dulu.




okey stim dalam masa 25 minit hingga 20 minit, ikut besar ayam.



alat ni untuk mengangkat bekas ayam stim, boleh didapati di pasaraya.




okey ayam stim dah siap.




Kankung dibersehkan dan ditus.





bawang putih hiris, ikan bilis ngan air tepung jagung.




tumis ikan bilis, kemudian ketepikan.lepas tu baru goreng bawang putih sampai garing.




Dah garing masukkan sayur kankung.Jangan masukkan air, nanti sayur bertukar kuning.




lepas tu bubuh garam ngan air tepung jagung.Jangan goreng terlalu lama.




okey sayur kankung dah masak.



korang rindu ngan tangan montel nikan.tengok tangan montel, tengah makan nasi.mulanya tak nak makan,bila tahu aku stim ayam, terus tukar pikiran.




makan sambil layan cerita hotel mania.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina