Friday, April 2, 2010

Dah lama tak makan lauk ni



tomato lagi banyak lagi sedap(belah bentuk baji) kalau tak suka tomato, masukkan asam keping.
kentang potong ikut suka
kunyit, cili api ngan bawang merah kecik ditumbuk.serai dititik.



Dah dekat 5 tahun aku tak masak lemak sardin dalam tin. memanglah dengar memang pelik, tapi dia lebih sedap dari masak kari sardin tau.




asing sos ngan ikan sardin.









Dalam periuk masukkan cili yang dah ditumbuk, kentang ngan serai yang dah dititik.




tembok (kacau) kuah sehingga mendidih.masukkan garam sekali.





masukkan tomato.





masukkan sos sardin tadi.




ikan sardin goreng sebentar.



Bila kuah mendidih dan kentang dah betul empuk, baru masukkan ikan yang dah digoreng tadi.




masak lemak sardin dah masak.






Nak masak goreng telur ngan kacang panjang pulak. kacau telur ngan kicap cair.




kacang panjang




panaskan minyak sikit , kemudian terus masukkan kacang panjang yang telah dipotong tadi.




letakkan garam dan kacau.




kacang dah masak curahkan bancuhan telur tadi.




letakkan black pepper sikit.




Aku saja kurangkan telur. kalau korang nak telur lebih bolehlah letak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina