Sunday, April 25, 2010

Ikan sumbat Firdaus



Petang sabtu semalam,aku masak ikan cencaru sumbat .Aku namakan ikan sumbat Firdaus.sebab ada ong kot,tengok muka dia yang putih melepak tu.kwang kwang.ciannya anak aku ,angkara pengasuh.



sayurnya goreng taugeh.bajet murah punya pasal.khekhe




kelapa parut bahan utama ikan sumbat.




daun kunyit di hiris halus, cili masak, cili api, bawang merah,kunyit hidup, serai dimesin halus.
limau kasturi untuk diperah dalam kelapa.ikut suka pakai asam jawa pun boleh.




ikan cecaru dibelah depan ngan belakang dan digaul garam.




kelapa parut tadi digaul ngan daun kunyit dan bahan yang dah dimesin tadi.perahkan asam limau .bubuh garam ngan gula. rasa ikut citarasa sendiri ye.




sumbatkan kelapa tadik di semua belahan ikan.tangan montel tu jangan tengok lama-lama sangat, kang menjangkit kemontelannya.itu adalah tanganku,bukan Firdaus ye.




okey bila dah sumbat ,jadi macam ni.




goreng dalam minyak panas mengunakan api perlahan.






ikan sumbat dah siap jadi santapan beruang kutub Firdaus.kwang kwang





Firdaus tengah bersantap nasi ngan ikan cencaru sumbat.khe khe khe








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina