Saturday, April 17, 2010

kerja khidmat masyarakat



Hari ni aku tak de cerita pasal resepi. dapur tak berasap.tunggu monday , resepi terkini comeback.kwang kwang.

Korang mesti pernah mengalami trauma akibat dinding rumah kena conteng ngan anak korang masa mereka berumur lebih kurang 2 hingga 5 tahun.betul tak? Aku pernah mengalami masaalah yang sama. Tapi cuma Firdaus yang berani buat kerja tak senonoh ni.

kerja menconteng dinding ni, Firdaus hanya dapat melakukan sekali je. kejadian tu dapat aku lihat ngan mata kepala aku sendiri.Dia ingat aku tak nampak. bukan aku tak bagi menconteng, tapi kalau nak conteng, contenglah kertas .Aku terus terang cakap , spesies conteng kat dinding ni aku tak berkenan sangat.



Denda dari kesalahan di atas, Firdaus kena melakukan kerja khidmat masyarakat,

1) kena membersihkan dinding ngan air sabun sehingga kesan contengan hilang.
2) kena berkelakuan baik selama sebulan je

akhirnya ngan hukuman di atas , Firdaus insaf.Kalau dia rasa tabiat nak conteng dinding datang, firdaus akan mengambil kertas kosong lalu menconteng ikut suka hati dia, sehingga dia puas.kwang kwang.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina