Thursday, April 1, 2010

Sakit Jantung



Aku dah lama tak maki orang ni. Sakit jantung betul aku hari ni.korang tengok rumah punya tinggi, otak rendah. aku tak pahamlah atitude penduduk malaysia ni. Kat highway buang sampah , duduk kat rumah atas pun boleh buang sampah.maaflah kalau aku cakap korang terasa.Pasal sampah ni aku tak de kompromi. Anak Firdaus pun dah paham perangai aku.kalau dia dah minum air kotak, dia buang kat jalanraya, aku suruh dia kutip balik. sekarang dia dah paham perangai aku.penduduk malaysia ni ramai, kalau dah semua orang buang sampah, apa jadiknya nanti. sibuk nak selamatkan bumi konon, buang sampah merata-rata. bingai betullah. Hari tu aku pelik je, sorang perempuan tu ngan anak dia depan satu bank.anak dia lebih kurang umur 3 tahun buang sampah betul-betul depan pintu bank tu, mak dia muka selamba je terus masuk bank. bukan nak suruh anak dia kutip sampah tu.




korang tengok mana aku tak sakit jantung, beg coklat ngan bekal nasi(dalam plastic oren) aku ada kat situ, selamba badak dia buang sampah dari atas. Korang tak payah tengok, aku memang dah tak de, sebab dah kena baling takkan aku nak tunggu buat bodoh kat situ. Cepat-cepatlah aku mengelak , itu yang beg aku tertinggal kat situ.Lain kali aku nak bawak pembesar suara.bila kena cam tu je aku pakai pembesar suara.Dah baling batu sembunyi tangan.









ni kereta kawan aku , tayar depan pun dah botak, aku suruh pakai yu nam hair care dia tak nak.





Bukan main canggih semua rumah ada astro. kalau ada astro tu otak biarlah bijak sikit.kan mak long dah bebel pagi hari. PUPUKLAH ANAK-ANAK KITA SEDARI KECIL UNTUK MENJAGA KEBERSIHAN DIRI ATAU KAWASAN PERSEKITARAN, YANG PALING PENTING JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA.

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT DARI MAK LONG KAWANG KWANG


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina