Saturday, April 24, 2010

Sambal bilis idola kecik ngan lempeng kelapa



Ubah selera nak tumbuk cili plak.Hari tu nak masak sambal bilis petai idola kecil.Tumbuk cili kering ngan garam sikit.Nak senang tumbuk, rendam cili kering ngan air panas dulu.



2 bawang putih ngan 3 bawang merah ditumbuk



ikan bilis di goreng.



tumis bawang sampai naik bau, lepas tu masukkan cili tumbuk.Dah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam. kacau lagi, baru masukkan petai.lepas tu baru masukkan gula sedikit.




sambal ikan bilis petai idola kecik.kwang kwang .ikut nasihat lieya mata kucing .




lempeng kelapa nak makan ngan sambal bilis.separuh sambal bilis tadik tak letak petai boleh cicah ngan lempeng kelapa.

tepung gandum , garam ngan kelapa parut disatukan.



bancuh ngan air suam.




Bila kuali dah panas , lengserkan ngan minyak. Dah panas boleh letakkan sesenduk bancuhan tadi.dah garing, balikkan lempeng tadik.kalau nak masak lempeng api kena perlahankan.wa cau dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina