Monday, May 24, 2010

bekalan kerumah anak



tepung, garam, minyak panas, ngan air sejuk.gaul semua.

Saja je nak bawak pergi rumah anak aku karipap.Selalunya aku buat banyak sikit.Boleh frozen sekali, nanti pagi senang sikit, tinggal goreng je.Sebelum buat inti karipap, uli kulit dia dulu. Doh kulit dia , elok simpan dalam peti ais dulu.



Uli doh tadi, kemudian simpan dalam peti ais, sementara tunggu inti karipap masak.



Bahan -bahan inti

1) udang kering tumbuk
2) rempah kari sikit
3) bawang merah ngan bawang putih tumbuk
4) daun kari jangan lupa.aku tak letak, pokok daun kari tak tumbuh lagi.





Yang paling penting , tumis bahan tumbuk sampai naik bau.lepas tu masukkan kentang ngan rempah kari.kalau kering , tambahkan air.Biar kentang empuk, baru bubuh garam ngan gula.inti, biar ada rasa manis sedikit.



inti karipap yang dah siap.sejukkan.



bahan yang patut ada

papan pencanai
Batang kayu penguli
cawan
acuan karipap (untuk menentukan size karipap tu)




Canai tepung , tekap ngan cawan .letakkan dalam acuan.lepas tu baru kelim.kalau kelim yang ada kat acuan tu tak cantik sangat.klim sendiri, cantik sikit.acuan tu digunakan , untuk samakan size karipap je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina