Sunday, May 23, 2010

Lepak kat rumah anak......masak



Adia , anak akak jemput makan tu.ko nak tengok sangatkan anak akak makankan.Dia tengah makan nasi ngan black pepper daging bersama sambal ikan ari tu akak masak kat sini resepi.




Dorang kalau jumpa memang nak berposing sakan.Anak aku baru balik dari belajar memandu.Lapar,tu yang terus makan tu.Hanafis, anak aku yang lelaki tu kerja,tu yang tak de.



Firduas bergolek-golek dalam bilik anak aku.mentang-mentanglah sejuk.



Firdaus meninjau-ninjau dapur pulak.ada perubahan, aku tengok kemas sikit.



Ya.Allah ini bilik ke stor?dah berapa tahun tak kemas.



Tak tahan aku tengok, ada lesung batu.maksudnya dia memang waris aku, kat rumah ada lesung batu.kwang kwang



Firdaus dah lapar.



Tengoklah tu mencuba-cuba kasut anak aku yang bersepah-sepah.




Cuba yang lain pulak...



Daging, sos tiram ngan sos black pepper, bawang besar dipotong besar, ngan halia dipotong-potong besar gak.

Tibalah saatnya resepi daging black pepper, simple je.memang aku jarang masak daging ni.itupun anak aku yang request.




Tumis bawang ngan halia dulu.baru masukkan daging.Bila daging dah empuk, barulah masukkan kedua-dua sos tadi.jangan letak garam lagi.sos tu dah masin.



Daging black pepper, kat rumah anak aku je boleh masak daging .kat rumah aku, laki aku tak bagi masak daging lembu.kenapa?kurang pasti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina