Monday, May 24, 2010

My mom resepi...kuih lapis

Dah lamanya tak makan kuih lapis.petang minggu, ari tu tiba-tiba teringat kuih lapis resepi arwah mak.Bukan nak kondem, kat luar selalunya banyak tepung , dan tak rasa kelapa pun.





Bahannya yang dah disukat

1)Tepung beras -300 grams
2) tepung gandum -100grams
3) gula pasir -250 grams
4)santan -700ml atau 1 litre
5) secubit garam
5) sirap ros-ikut suka
6) mangkuk kaca kecik tu untuk sukatan.





Bancuh kedua-dua tepung dengan santan, gula ngan garam.bancuh mengunakakn tangan , supaya tepung tak berbintil-bintil.Lepas tu tapis adunan dengan mengunakan penapis sambil meramas-ramas tepung yang berbintil-bintil. tadi.kelapa.Bahagikan bancuhan kepada 2 bahagian.satu bancuhan lagi , campurkan dengan pewarna ros.




Lengserkan loyang ngan sedikit minyak kelapa.masukkan 2 mangkuk kaca bancuhan kedalam loyang.kukuskan selama 1 minit, lepas tu dikuti ngan bancuhan kedua.




Buat cara yang sama berselang seli putih ngan merah.last sekali kukus lagi selama 25 minit.




cam mana ngan kuih lapis aku .okey tak?potong kecik-kecik , senang nak makan.



Last sekali, mestilah muka simontel ni.kwang kwang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina